Saturday, November 23, 2013

lagi satu bekas ahli PAS menyibuk urusan PAS

Penafian Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man bahawa wujudnya campur tangan DAP dan PKR dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri itu, dianggap sebagai satu tamparan kepada anggota akar umbi.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata tindakan Pesuruhjaya Pas itu pelik dan menongkah arus serta boleh diibaratkan sebagai ‘memukul’ anggota Pas dari belakang yang sebelum ini menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti itu.

"Apa sebenarnya niat Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.

"Mengapa beliau mempertahankan mereka (DAP dan PKR) dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamed Hafiz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Salleh semalam yang menafikan wujudnya kemelut yang melanda Pas dengan pentadbiran kerajaan negeri, malah akan mengkaji secara teknikal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan perkara berkenaan.

Mohamed Hafiz berkata penafian itu juga menunjukkan Mohd Salleh yang juga Adun Permatang Pasir, telah melanggar disiplin parti kerana telah membuat kenyataan mengelirukan.

"Selama ini beliau bercakap tentang disiplin, tetapi saya berasa pelik kenapa sanggup menafikan pendapat, suara akar umbi dan pendirian Pas negeri," katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata parti itu tidak akan dipinggirkan jika mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

"Kerjasama sekarang ini telah merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. Yang lebih membimbingkan ialah kini Pas dirosakkan dari dalam.

"Kita lihat sekarang, hanya berapa orang sahaja ulama yang berada dalam kepimpinan Pas Pusat, sedangkan yang lain merupakan individu atau pemimpin yang telah diatur dan mahu meneruskan agenda pihak tertentu dari luar parti," tambahnya. - Bernama

Kena sergah dengan ulama PAS baru tau "Lu SAPA?" wakaka

Tolong kasi UP kisah anak muda Malaysia ini.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Siapa ada blog sila copy paste. Bagi yang hebat bahasa Inggeri atau bahasa arabnya mohon jasa baik tulis semula artikel ini menggunakan bahasa inggeris/arab dan sebarkan. Yang tiada blog tolong SHARE.. seronok jika keperibadiannya jadi idola anak muda Islam Malaysia..

Ini baru namanya Hakim yang bijaksana - Hakim 'berkongsi besan' 


adios

Disclaimer

"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Nampak gayanya muka2 tu semua lebih layak jadi ahli KIMMA.
    Menyibut je!

    ReplyDelete
  2. Ini kes gila dan pelik. Kalau Pesuruhjaya tidak boleh bersuara dan suaranya tidak mewakili parti? Kenapa suara Timbalannya dianggap sebagai suara parti pulak?
    PAS tu tak rosak dan PAS tak kan rosak tanpa parasait ni, tambah-tambah lagi orang yang dah mengkhianati perjuangan PAS. Siapa depa ni nak bercakap bagi pihak PAS? Dasar munafikun. Meroyan dan GILA TALAK.
    Aktivis PAS ... haprak. Pihak PAS nasional dah setuju dengan PR dan hangpa bangkang, lebih baik hangpa keluar saja daripada dan bersuara di bawah UMNO. Kalau nak bersuara, biarlah berhemah, berisi, logik, tidak merapu, ....

    ReplyDelete