Saturday, January 4, 2014

Kisah mufti fitnah X mufti - Dr. Asri jawab dakwaan dirinya wahabi

Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah.

Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati.

Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkara yang seperti itu.

Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas.

3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkataan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.

4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah.

Sejak sekian lama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya.

Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.

5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang di seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tapi hendak ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul.

Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.

1. DR ASRI ARASY ITU DI ATAS AIR
2. DR ASRI - Tuhan Yang Bersemayam Di ARASY

6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah.

Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.

8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.

9. Kepada Allah kembali segala urusan.

Sabda Nabi:
‘Takutlah kamu doa orang yang kena zalim’. "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)




Tolong kasi UP kisah anak muda Malaysia ini.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Siapa ada blog sila copy paste. Bagi yang hebat bahasa Inggerinya mohon jasa baik tulis semula artikel ini menggunakan bahasa inggeris dan sebarkan. Yang tiada blog tolong SHARE.. seronok jika keperibadiannya jadi idola anak muda Islam Malaysia..

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment