Wednesday, January 1, 2014

kisah Malaikat Izrail mencabut nyawa iblis


Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya kental seperti
air mani.

Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan
menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.

Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan
kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia serta jin.

Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis.

Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat- kuatnya, iblis meraung-
raung menahan kesakitan. Oleh kerana pukulan kedua- dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis terus pengsan.

Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis;
"Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan untuk mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang pedih sesuai dengan perbuatanmu.

Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil memegang rantai besi,
dengan pantas iblis melompat dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada
pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis terlari dengan lajunya menuju ke arah Timur.

Tiba-tiba muncul Malaikat lzrail di hadapannya. Kemudian
lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan
Malik telah terpacak berdiri di hadapannya.

Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis:
"Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya. Larilah kemana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi
untuk kamu hidup."

Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam.

Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu. Kata iblis,
"Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan
dan sebab kamulah aku jadi terkutuk."

Sejurus kemudian iblis berkata:
"Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku". Kata lzrail:
"Telah aku katakan, engkau akan merasakansekarang maut yang luar biasa."

Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis
dengan rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan kakinya di belenggu dengan rantai-rantai yang
teguh.

Malaikat lzrail berkata:
"Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis."

Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan rantai pengikatbadan iblis itu bagaikan nak putus. Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut
yang paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini.

Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut umat manusia supaya
melakukan perbuatanperbuatan mungkar.


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    maaf, i nak tumpang beritahu tentang sebuah posting yang hot & info yang sangat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

    Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html

    ReplyDelete
  2. Adakah Rasulullah menceritakan begini atau hanya sekadar telahan penulis. Wallahuaqlam.

    ReplyDelete