Sunday, November 10, 2013

Kisah benar - manusia yang dikebumikan bangkit keluar dari kubur

Seorang wanita dari Sao Paolo, Brazil, baru-baru ini terkejut
ketakutan bila mendengar suara dan melihat mayat di sebuah tanah perkuburan masih hidup.

Mayat itu bahkan melambai-lambaikan tangannya dari dalam tanah. Wanita yang tidak ingin diketahui namanya itu mengaku sedang mengunjungi makam keluarganya ketika dia melihat kejadian itu.

"Saya sangat ketakutan setengah mati melihat seorang lelaki yang saya kira sudah mati berusaha keluar dari dalam tanah. Muka dan kepalanya nampak dan tangannya menggapai-gapai berusaha untuk keluar,"

Perempuan itu lari tercirit-cirit tapi kemudian kembali dan membuat laporan di balai Polis tetapi pihak Polis tidak mempercayainya dan menuduh dia hanya illusi...

Akhirnya dia pergi kepada penjaga kuburan dan melaporkan hal tersebut hingga penjaga kuburan mengesahkan kebenaran ceritanya itu

Setelah diselidiki dan diangkat dari dalam tanah, rupanya Lelaki yang disangka sudah mati itu terlibat dalam sebuah pergaduhan beberapa hari sebelumnya.
Lelaki itu telah dipukul oleh beberapa penyerang hingga dia pengsan dan para penyerangnya 'menguburkan dia hidup-hidup' di kuburan tersebut.

Dia kini dirawat di rumah sakit setempat.

The Daily Mail, Jumaat 8/11.....

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment