Saturday, January 4, 2014

Khasiat buah delima, zaitun dan tin menurut Al Quran dan sains

Daripada perkongsian seorang sahabat facebook, gua terfikir ada eloknya pengetahuan ini disebarkan kepada orang lain. Bagi yang berpendidikan tinggi dalam ilmu islam mungkin menganggap ini ilmu mudah, namun ini adalah ilmu baru bagi mereka tidak/belum mendapat pendedahan. Semoga bermanfaat... In Shaa Allah.

Pertama - buah Delima

"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141) Ayat lain "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu,

Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung. Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.


Kedua - Buah Zaiton

Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.

khidmat mencantikkan vagina di Malaysia


Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin (fig). Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud;

"Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl [16]: 10-11)

Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit.

Organisasi-organisasi kesihatan termasuk WHO menganjurkan kepada sesiapa yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) yang tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit


Ketiga - Buah Tin

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,
"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.

Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Satu saiz hidangan buah tin lebih kurang 100g atau ¼ cawan mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.

Manakala serat tidak larut dapat melindungi dan mencegah dari penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan.

Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols' yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan. seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.

khidmat mencantikkan vagina di Malaysia

Top-secret exposé - Perisik Singapura dan Australia intip Malaysia sejak tahun 1970 an


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)

    ReplyDelete