Tuesday, November 12, 2013

ketua penguatkuasa JAIP pernah tangkap imam disyaki syiah dan pengikut ajaran tuhan harun

Salam Takziah buat Keluarga Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli,Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau adalah Pendukung Perjuangan PAS & Adik beliau berkhidmat di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Moga Allah mengurniakan Syahid kepadanya. Al Fatihah.
ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini semalam.

Selain itu, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik berkata, lelaki itu yang juga peneroka di Felda Selancar 1 di sini, dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

“Setakat ini, kita percaya dia hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dan tidak menyebarkannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah di sini hari ini.

TV9 melaporkan pada hari ini 11.nov 2013 bahawa almarhum juga pernah menangkap puluhan pengikut ajaran tuhan harun di Kuantan, Pahang.

Ini sisipan sinar harian 17 April 2013

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.

"Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.

"Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.

Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.

Polis kini mencari 31 pengikut tuhan harun untuk membantu siasatan.



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment