Monday, November 11, 2013

Inilah tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad

1. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.

Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan mediauntuk menyatakan rasa tidak puas hati yang sepatutnya perkara tersebut di panjangkan mengikut saluran pihak angkatan tentera (AT).

2. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.

Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan.

3. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.

Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 3, dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada pihak MAT.

4. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.

Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran pihak AT.

5. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.
Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan.

6. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72.

Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri dijajah oleh penipu dan perasuah, jgn jdi bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita” ialah satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui.

7. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72.
Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Sama2 lah kta berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kpada kita semua serta dilindungi Negara kita yg tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT” iaitu satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui

Sya rasa inilah rekod dalam TUDM atau sya rasa Angkatan tentera Malaysia sekalipun, hatta orang hisap dadah dan lari dari tugas pun paling tinggi kena 2-3 pertuduhan. Terpulang kpada pembaca semua membuat penilaian adakah saya ni "jahat" sangat. Mungkin tindakan sya menyiarkannya disini juga akan dianggap satu kesalahan dan satu pertuduhan lagi akan dibuat menjadikan semuanya 8 pulak, terserahlahlah......

tapi saya yakin rakyat berhak tahu kerana gaji saya dibayar dengan wang rakyat.

Di sini saya ingin mengucapkan terimakasih kepaada YB Hanipa Maidin kerana sudi menjadi peguam bela saya di Mahkamah Tentera nanti.

Kepada seluruh pencinta kebenaran saya jemput anda semua hadir memberikan sokongan moral semasa perbicaraan saya nanti yang dijangka akan diadakan di TUDM Butterworth, tarikhnya akan saya maklumkan kemudian

Sekian terima kasih.

Kepada yg terlepas post ini boleh merujuk di blog sya http://jetpejuangislam.blogspot.com/

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment: