Saturday, November 23, 2013

Ini baru namanya Hakim yang bijaksana - Hakim 'berkongsi besan' tarik diri rayuan Anwar

Lord Phillip
Tak seronok mengirim berita di blog tanpa gambar. Malangnya apabila admin search google image dengan kata kunci Datuk Wira Mohtarudin Baki , gambar Khir Toyo yang keluar... menyampah I... wakaka.

Maka admin guna gambar ketua hakim england 2008, Lord Phillip.

Ini beritanya,
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.

Hakim Mohtarudin berkata, beliau dan Anwar "berkongsi besan" dan berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana kenduri.

"Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri," katanya.

Panel itu dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual menengar rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin menarik diri.

Seorang anggota panel ialah Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Hakim Balia berkata' rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan. - Bernama

Memang hakim ini berpandangan jauh sebagai seorang Islam dan melayu. Walaupun berkongsi besan bukanlah satu hubungan yang berkaitan dengan darah namun sebagai manusia, beliau memikirkan segala buruk dan baiknya mengadili seseorang yang dikenali dengan agak rapat.

Tolong kasi UP berita anak muda Malaysia ini.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Siapa ada blog sila copy paste. Bagi yang hebat bahasa Inggeri/arabnya mohon jasa baik tulis semula artikel ini menggunakan bahasa inggeris/arab dan sebarkan. Yang tiada blog tolong SHARE.. seronok jika keperibadiannya jadi idola anak muda Islam Malaysia..

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment