Thursday, November 28, 2013

Husam nangis kesal kerana mahfuz tewas

'ambo punyo pasa mu kaloh" itu agaknya kesalan di hati Husam




Husam menangis sebaik sahaja keputusan diumumkan dalam pemilihan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ke 45  yang berakhir semalam.

Mahfuz Omar yang duduk bersebelahan dengan Husam hanya tersenyum menerima berita kekalahannya kepada tiga calon pilihan perwakilan termasuk Husam.

Beliau memeluk bahu Husam bagi mententeramkan rakannya itu.

Tidak keterlaluan jika gua menganggap Salahuddin Ayub juga menangisi kekalahan Mahfuz. Terkilan kerana orang yang selama ini turut membanting tulang berjuang demi Islam kalah dalam pemilihan.

Tuan Ibrahim yang kembali semula ke kerusi yang pernah diduduki, pun juga melantun nada syahdu dalam ucapan penangguhan.

Semuanya menangisi tersingkirnya Mahfuz Omar dari kerusi Naib Presiden Pas yang mereka masing-masing menangi.

Husam berkata kerana dialah Mahfuz tersingkir. "Datuk Mahfuz pemimpin yang lebih baik daripada saya tetapi kerana saya dapat lebih 16 undi daripada dia, dia tidak lagi jadi Naib Presiden kita," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Apa kan daya, keputusan terletak kepada perwakilan. Perwakilan membawa undi atas kehendak akar umbi dari kawasan masing-masing.

Terbaik daripada semua pemimpin PAS
sama ada yang menang mahupun yang kalah


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment