Sunday, November 10, 2013

Hang Tuah pun keturunan mamak??? biar betul


Gambar diatas ialah rupa atau wajah Laksamana Hang Tuah Sebenar. Sebelum ni, tiada seorang pun yang tahu bagaimana rupa wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan pahlawan ini melalui sejarah.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya. - sufferedge.my

Lukisan ini menggambarkan Hang Tuah berkulit hitam, bermata bundar dan kelihatan sangat garang. Sedangkan dalam buku sejarah Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang elok rupa parasnya, dan berkulit kuning langsat sehingga Tun Teja dapat ditipunya dan dibawa ke Melaka.

Apakah gambar ini boleh dipercayai dan disahkan sebagai benar?

Menyusuri kembali asal usul Hang Tuah... Kelurganya berpindah dari Bentan ke Melaka. Ayahnya adalah seorang nelayan. Bentan terletak di kepulauan Riau.

Kehadiran Hang Tuah jika dikaitkan dengan parameswara berkemunkinan dari keturunan Raja Chola atau tentera-tenteranya yang menguasai tanah melayu dan sebahagian Indonesia pada masa dahulu.

Parameswara jelas sekali bukan melayu asli jika dirujuk pada namanya yang mirip Parameswaran atau Parameswari.

Tidak menghairankan, jika Hang Tuah adalah keturunan India kacukan kerana semua maklum bahawa Tanah Melayu dan Indonesia terlebih dahulu didatangi oleh agama hindu sebelum kedatangan islam.

Kuil-kuil Hindu berusia ribuan tahun yang terdapat di Indonesia terutama Pulau jawa adalah bukti kukuh kewujudan keturunan India di Indonesia.

Pulau Bentan 


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

9 comments:

  1. Salam GeloraHatiMuda

    Apa miker mengarut ni? Hindu dan India dua benda yang berbeza. Beragama Hindu tidak bermaksud orang India. Orang India pula tidak bermaksud beragama Hindu. Di India bilangan umat Islam jauh lebih ramai dari umat Islam Malaysia. Ada juga Budha dan Sikh. Sementara itu ada lagi orang Indonesia beragama Hindu.

    Yong kenal seorang yang mengaku pernah jumpa Hang Tuah dalam Ghaib. Orang ini pandai silat dan ada "ilmu" jugak. Dia tahu nama sebenar Hang Tuah. Seronok dengar ceritanya tentang Hang Tuah dan Hang Jebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Yong...1) Raja Chola adalah raja dari India yang menakluk Tanah Melayu dan sebahagian Indonesia. Pastinya dia keturunan India. 2.) agama Hindu tidak lahir di asia tenggara tetapi di India. Sebelum kedatangan raja Chola dipercayai agama Hindu disebarkan oleh pedagang india di Asia Tenggara... Lebih info sila baca sejarah raja chola dan tamadun minangkabau... hehe.. Tamadun minangkabau lebih tua daripada tamadun Mesir... wallahu A'lam

      Delete
  2. Apa la hebat nya Hang Tuah...?Kalau ikut cerita menantu dia pun Sultan pakai..?

    Anak Hang Tuah pun ta boleh buat spa selain tengok....Sudah lah lupa kan mitos ini.Sanjung Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi baik

    ReplyDelete
  3. Apa la hebat nya Hang Tuah...?Kalau ikut cerita menantu dia pun Sultan pakai..?

    Anak Hang Tuah pun ta boleh buat spa selain tengok....Sudah lah lupa kan mitos ini.Sanjung Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi baik

    ReplyDelete
  4. gambar alam ghaib.....................hebat hebat.....ignore aje gambar ghaib nih

    ReplyDelete
  5. gambar alam ghaib.....................hebat hebat.....ignore aje gambar ghaib nih

    ReplyDelete

  6. Aku tgk muka Hang Tuah di atas macam muka blogger Abu Nawas je...tak gitu...

    ReplyDelete
  7. Warna kulit dan wajah "Hang Tuah" ni macam biasa tengok semasa Persidangan Tahunan Umno, cuma mereka pakai songkok tinggi 1 kaki.

    ReplyDelete
  8. Salam Bro;

    Ini semuanya Poyo.... ada org boleh jumpa dalam alam ghaib bla.. bla.. bla..., berbalik pada Al-Quran dan Sunnah lagi bagus... Syaitan dan Jin tugasnya adalah untuk menyesatkan ummat... jadi lupakan jelah citer poyo Hang Tuah niih... hahahaha....

    Kalau nak gunakan Hang Tuah buat kutuk Ketuanan Melayu... di wajibkan... muakakakaaaa....

    ReplyDelete