Monday, December 2, 2013

GO AHEAD KHALID IBRAHIM - gasak pi kat depa

Segaja memperbesar isu kenaikan gaji ahli Dewan Undangan Negeri Selangor  yang dipersetujui 100% oleh semua anggota dewan adalah satu tindakan khianat yang cuba mencampuri urusan kerajaan negeri.

Walaupun terperanjat dengan berita itu, Anwar Ibrahim lebih berhemah dalam mengulas isu kenaikan gaji tersebut dengan meminta Khalid menerangkan kepada umum akan keperluan tindakannya itu.

Mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

Tidak timbul isu kerajaan negeri Selangor tamak atau mementingkan diri sendiri kerana kenaikan tersebut bakal melibatkan semua anggota termasuk adun pembangkang.

Berbanding apa yang dilakukan di Sarawak mulai 1 Januari 2012, kenaikan gaji ADUN Selangor masih boleh diterima akal dan logik berdasarkan kedudukan kewangan negeri.

Kenaikan gaji tersebut dibuat berdasarkan keperluan semasa semua ADUN dalam menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat negeri Selangor di kawasan masing-masing tanpa mengira masa dalam era kenaikan harga barangan dan perkhidmatan begitu melampau.

Semasa kenaikan gaji kabinet Sarawak pada 1 januari 2012, tidak ada keperluan yang begini mendadak akibat kenaikan harga yang berpunca daripada dasar kerajaan pusat.


Lihat jadual perbezaan gaji di atas.

Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

Adakah kerana Taib bukan orang PR?


Apa jasa kerajaan Taib Mahmud kepada rakyat negeri Sarawak?

Bagi admin tidak ada isu yang layak untuk menyalahkan Khalid.

Tanggapan bahawa Khalid berbuat demikian untuk membeli hati ADUN PR di Selangor adalah tidak munasabah. Jika Khalid sendiri enggan menggunakan kedudukannya untuk kepentingan parti seperti yang didakwa, apa faedahnya Khalid membeli hati ADUN?

Tidak menggunakan kedudukan sebagai MB untuk kepentingan parti menunjukkan Khalid seorang yang telus. Beliau memerintah untuk kebaikan seluruh rakyat negeri Selangor. Bukan semata-mata untuk penyokong PR.

Kita sering mengkritik parti lawan kerana menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk membantu parti kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi. Kini kita pula menuntut Khalid berbuat perkara yang serupa. Di mana prinsip kita?

Kita anggap sahaja,
Segala kritikan yang dibuat di media hanya untuk memeriahkan suasana politik Malaysia yang kini sunyi sepi.

Tolak tepi apa kata musuh politik. Imbas kembali, Apa kata mereka ketika kabinet Malaysia menaikkan gaji menteri sebanyak 100% dahulu? Gaji ahli parlimen bukan menteri ada naik??

sumber



Bagi admin,
Selembik-lembik Khalid, beliau bertegas mempertahankan keputusan Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

So, belajarlah menghormati keputusan dewan. Kata hebat sangat dalam soal demokrasi.... wakaka

GO AHEAD KHALID 
MAKE SELANGOR A BETTER PLACE THAN ANY OTHER STATE IN MALAYSIA

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

10 comments:

  1. Good one! Saya kopipes kpd blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil sahaj tuan... tidak ada hak cipta.

      Delete
  2. No komen.lagi pun adun2 pr selangor,rajin dan berkelibar.kan mb sedang berusaha utk memantapkan ekonomi rakyat selangor.jadi naikkan gaji2 adun,mp,exco dulu.baru syok buat keje.maaf tq.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, DATO MENTERI BESAR SELANGOR, Ni lah MB yg faham istilah kerajaan negeri. Kerajaan negeri hak rakyat bukan hak parti

    ReplyDelete
  4. SETUJU, apalah sangat kalau dibandingkan tugas yg dipikul. Lagi pun dgn gaji lebih ni tak perlu lagi minta sana projek minta sini projek mcm yg dulu dulu tu. Betul kata MB supaya dia orang dpt tumpu pd tugas yg diamanahkan. Teruskan........

    ReplyDelete
  5. Pendapat saya tentang kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan DUN ni dari pandangan orang-orang yang gaji rendah, gaji sederhana dan gaji kurang tinggi seperti kita dari mereka akan mengatakan gaji YB-YB di atas memang terlalu tinggi. Peliknya, kenapa masa perbahasan oleh MB di sidang DUN berlangsung, tiada satu hujah penentangan pun dari ADUN-ADUN PR dan BN ini? Kenapa perlu melalak (bahasa kasar) atau timbulkan isu (bahasa lembut) tidak puashati ini selepas perbahasan dibentang dan mendapat persetujuan 100% daripada semua ADUN sama ada PR atau BN? Kenapa tak bahas masa pembentangan dibuat? Sebagai rakyat yang bijak berfikir, kita jangan salahkan MB saja tapi salahkan semua ADUN yang tak puashati ini kerana tidak bersuara memberikan idea atau cadangan kepada MB yang menjurus kepada kepentingan rakyat. Jangan hanya tunjuk hebat di luar dewan DUN bercakap depan wartawan gaji MB lagi besar dari PM dan sebagainya sedangkan di dalam dewan DUN dia bisu. Bila dia bisu kita boleh kategorikan dia sama ada dia sebenarnya pun sokong dengan kenaikan gaji tersebut atau dia sokong dan dalam masa sama nak jadi hero (pelakon) depan rakyat. Bagi saya, perkara pun dah lulus, diharapkan MB, EXCO, SPEAKER dan YB ADUN gunakanlah gaji yang naik beratus ganda itu ke jalan yang baik dan bermanfaat untuk rakyat. Ingatlah, duit-duit tersebut sebahagian adalah dari hasil cukai rakyat. Jangan jadi YB yang kedekut dan jangan jadi YB yang masih buat keje part time melalui orang-orang bawahan yang masuk tender kerajaan lalu mengharapkan komisen. Kepada YB-YB yang betul keras hati tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, saranan saya contohilah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz yang mengambil jumlah gajinya yang perlu sahaja dan memotong jumlah gaji yang tidak perlu itu kepada kerajaan. Sekian, cadangan saya. Berfikirlah dengan ilmu dan pengalaman. Bukan berfikir dengan nafsu dan perasaan..

    ReplyDelete
  6. Takpe...biar gaji besar sikit supaya tak perlu tedarah rasuah. Gaji kecik macam PM1Malaysia yang cuma RM 22,000 pun tak guno juga kalau sebat rasuah komisen kapal selam saja beratus juta....belum masuk bab beratuih rasuah dan kickback lain lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan itu gaji sebenar pm... gaji sebenar dia jauh lebuh besar dr gaji mb selangor pad 1 januari nanti.

      Delete
  7. Aku ingat Alif Mim Nun Wau saja bunyi SARKAS; rupa2nya Alif Zal Mim Ya Min pun bunyinya SARKAS juga.

    ReplyDelete