Sunday, November 17, 2013

Fitnah - cara baru si lahanat dalam PAS

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, kewujudan budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan mempunyai agenda tersirat mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat.

Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.

"Di sebalik laungan 'selamatkan PAS' dan 'pertahankan kepimpinan ulama', kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari Pakatan," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid antaranya merujuk kepada dakwaan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) yang didakwa berfahaman Syiah.

Khalid menegaskan dakwaan tersebut digunakan untuk menjatuhkan beliau itu sebenarnya hanya menjadi pemanjang fitnah lidah Umno dalam PAS.

"Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh 'orang PAS' untuk menjatuhkan," katanya. - mk

Ada UG ada fitnah... bangsat!!!


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment