Friday, November 22, 2013

Dr Pornthip tidak dibenarkan ke Malaysia beri keterangan

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak dibenarkan datang ke Malaysia untuk memberi keterangan dalam kes saman cuai yang difailkan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 yang lain oleh keluarga Teoh Beng Hock dan ia didakwa kerana "campurtangan politik."

Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penghujungnya, peguam keluarga itu, Gobind Singh Deo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir sebagai saksi.

"Dia tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana campurtangan politik di antara kerajaan kita (Malaysia) dan kerajaan (Thailand)," kata Gobind (kiri).

Dr Pornthip sepatutnya menjadi saksi utama keluarga Teoh dalam saman itu.

Haji ini punca kerajaan batalkan had usia kereta 12 tahun


Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas dia disoal siasat di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Pada 3 Oktober tahun lepas, bapa Teoh - Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, tunangnya Soh Cher Wei dan anaknya Teoh Er Jia, memfailkan saman terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana menyebabkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.

Defendan menafikan dakwaan tersebut dan dalam dakwaan balasnya mendakwa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecuaiannya sendiri. [Baca berita Penuh di Malaysia Kini]

Antara kebijaksanaan dan kebodohan. Antara keadilan dan kekejaman.

Menapa dilarang saksi ini hadir utk memberi keterangan. Apabila disekat dan diikat dari bersuara, Rakyat akan membuat berbagai tafsiran dan andaian.

Apabila ada orang kata ' MEMANG BENAR PERISTIWA JATUH DARI BAGUNAN ITU ADALAH ANGKARA ORANG DALAM "
Pihak berkuasa secepat kilat menafikan, dan mengunakan berbagai akta untuk menutup mulut rakyat.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment