Wednesday, November 6, 2013

Dr Mursi terus bersemangat dan tabah hadapi pertuduhan di mahkamah

Inilah gambar pertama Dr Mursi selepas berbulan disembunyikan tentera

Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan tentera Mesri membuat penampilan pertama setelah berbulan dipenjara tentera kudeta untuk menghadiri perbicaraan bersama tujuh orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. 'Esom 'Eryan, As'ad Syaikhah (Timbalan Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul 'Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur Raouf (Penasihat Presiden) dan Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan

Dilaporkan bahawa pihak keselamatan merampas komputer riba, telefon, dan gajet-gajet yang lain daripada wartawan sebelum mereka memasuki dewan mahkamah.

Presiden Dr Mursi yang memakai kot dan seluar biru gelap berserta kemeja putih tanpa tali leher hanya tersenyum mendengar isu provokasi yang ditimbulkan oleh perhakiman kudeta ke atasnya.

Dr Mursi sempat menyampaikan pesan kepada Dr Eryan sebelum dihantar semula ke penjara,

 "Sampaikan salamku buat rakyat Mesir yang teguh dan thabat (tetap). Dan katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya saudaramu Mursi akan tetap teguh dan thabat dan tidak akan bertolak ansur dengan penghinaan ke atas agamanya dan negaranya"

Penangguhan perbicaraan diumumkan oleh setiausaha mahkamah dan akan ditangguhkn ke 8 Januari, penangguhan diputuskan atas alasan hakim tidak dapat meneruskan perbicaraan seterusnya akibat sorakan dan laungan menentang tentera di dalam dewan perbicaraan.

Sebelum perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi berkata kepada Hakim:

"Saya adalah presiden sah untuk negara ini dan saya mempertanggungjawabkan kamu di atas semua jenayah kudeta ke atas legitimasi "

Setelah perbicaraan ditangguhkan Dr Mursi dibawa semula ke penjara Kaherah dengan sebuah helikopter.

Sementara itu, jutaan manusia mengadakan demonstrasi di hadapan mahkamah dan jalan-jalan sekitarnya walaupun cuba disuraikan tentera dengan menggunakan peluru hidup. Berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentera namun belum ada kematian dilaporkan.



saksikan video Dr Mursi di SINI

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment