Sunday, November 10, 2013

Dr Mursi - "darahku bukan lebih mahal daripada darah mereka"

Seorang peguam yang hadir semasa Perbicaraan presiden mursi semalam menyatakan bahawa Dr Mursi tidak mengetahui bilangan sebenar kematian penyokongnya selepas beliau digulingkan.

Peguam itu berkata:" Dr Mohd Biltaji yang memberitahu Dr Mursi semalam apa sebenarnya yang berkaku di Rabaah dan bilangan yang syahid , menyebabkan Dr Mursi menangis apabila mengetahui angka syuhada yang begitu ramai".

Peguam itu menambah:"Dr Mursi kata kepada Biltaji apabila  mengetahui bilangan yang syahid bahawa darahnya bukanlah lebih rendah nilainya daripada mereka yang telah syahid mempertahankan الشرعية , justeru itu beliau akan terus tetap pendirian hingga nafas terakhir dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam mempertahankan الشرعية .

Dr Mursi buat pertama kalinya dapat berjumpa degan Dr Biltaji, Dr Esom Eryan dan beberapa lagi pimpinan lain dalam kandang tertuduh semalam ketika sama-sama dibicarakan dalam kes tuduhan membunuh pendemo di hadapan istana presiden. Jelas kelihatan semangat yang cukup tinggi ditunjukkan oleh beliau dan menolak semua permintaan hakim dengan ungkapan" saya presiden yg sah" .

diterjemah oleh سوهزلي عبدالل dari Assyabu. Org

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment