Friday, November 8, 2013

derita anak Selangor nak masuk U

Di pejabat tadi, hadir seorang bapa bersama anaknya yang belajar di salah sebuah Universiti disini.. Tujuan kehadiran adalah untuk bertanyakan jika ada bentuk bantuan untuk anaknya membeli buku dan segala peralatan diuniversiti nanti, dia hanyalah seorang tukang rumah yang masa ini kurang mendapat 'job'.. Isterinya surirumah yang menjaga 5 orang anak lagi yang masih bersekolah dan ada yang kecil, rumah pula sewa maka memang nampak perit laluan hidupnya..

Aku memberinya satu borang kosong berlambangkan lambang Kerajaan Selangor untuk diisinya, aku menerangkan borang itu adalah borang 'Hadiah IPT' dimana anak Selangor yang dapat masuk U akan diberi hadiah sebanyak Rm1000 oleh kerajaan Selangor..

Dia terpaku, terkesima lantas mengalirkan airmatanya kerana tidak menyangka ada kerajaan yang begini.. Aku menerangkan lagi di Selangor manusia dari lahir, masuk U, berkahwin dan mati semua dapat duit, maka pak cik dan anaknya itu menjadi sedikit ceria..

Bagaimana setelah hampir 6 tahun PR di Selangor, masih ada manusia yang tidak mendapat maklumat.. Memang benar, kuasa tv dan akhbar cukup kuat dan mengkagumkan tapi kami tiada itu. - Mat JB ZulHaz

Kepada para pembaca budiman diharap sedia memberi makluman kepada sesiapa sahaja yang perlu supaya tidak ada anak Selangor yang gagal ke universiti kerana masalah wang.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Satu lagi contoh bezaliman kerajaan Umno/BN terhadap rakyat negara ini.... iaitu menghalang rakyat miskin daripada mendapat maklumat, Media massa dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan zalim ini supaya rakyat miskin terutama orang2 melayu kampung dibiarkan bodoh dan jahil agar mudah mereka ditpu dan dimanipulasi untuk kepentingan dan kuasa umno.

    ReplyDelete