Saturday, January 4, 2014

Cain and Abel School for Prophet bakal lahirkan nabi-nabi palsu



Golongan nabi-nabi seperti yang kita tahu merupakan golongan insan terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t.

Namun, di Israel, terdapat sebuah institusi pendidikan di mana selepas para pelajarnya menamatkan pengajian, mereka akan ditauliahkan dengan gelaran “Nabi”.....

Sekolah bernama ’Cain and Abel School for Prophet’ itu menawarkan biayaan sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat. Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapa yang dinyatakan lulus.

Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya mengenakan baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak segan keluar dari kelas untuk merokok....


Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy berkata, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya boleh 'berinteraksi' secara langsung dengan Tuhan.... 0leh Hazman Hamad

Yang mengaku nabi di Malaysia sekolah kat sini ke?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. degil lagi degil sedegil-degilnya kaum zionis ini ! Ya Allah selamatkanlah bumi palestin amiin ...

    ReplyDelete