Monday, November 18, 2013

Cadang hadkan usia kereta maksima 12 tahun.- tahniah

contoh kereta lebih umur

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di Sibu hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baru.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Mengenai isu berasingan, Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan Seksyen Profil Pemandu Kenderaan Komersial di JPJ sedang dilaksanakan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.

"Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain," katanya. – Bernama

Satu lagi tindakan kerajaan BN yang gua amat alu-alukan. Seronok tengok wakcai sekelian berebut beli tiket bas untuk balik kampung. Satu strategi terbaik untuk jana ekonomi negara melalui orang-orang yang cukup-cukup makan. wakaka... tahniah wakcai sekalian.


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. Andaian kononnya kereta berusia lebih dari 12 tahun tidak selamat di jalanraya adalah satu andaian yang direka2 saja. Sesiapa pun boleh melihat kereta yang paling banyak terlibat dalam kemalangan baik di lebuhraya dan jalan biasa adalah kereta2 baru,bukan kereta buruk. Ini adalah disebabkan kereta baru berkuasa tinggi dan sering dipandu laju manakala kereta lama kalau tersadai di tepi jalan adalah disebabkan enjinnya rosak atau kehabisanaminyak. Adakah kajian statistik bandingan keterlibatan kemalangan antara kereta berusia kurang dan lebih dari 12 t ahun dibuat? Perlu diingat bahawa majoriti rakyat di negara ini berpendapatan sederhana dan rendah sedangkan kereta merupaka keperluan untuk bergerak mencari rezeki.Mereka tidak berupaya untuk membeli kereta baru seperti Dr Wong. Atau ini satu cara nak paksa rakyat bantu pengeluar2 kereta???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya cara halus untuk menjana ekonomi ( jualan kereta baru ). dan untuk membunuh industri kereta terpakai.satu lagi menunjukan betapa kuasa PRU itu amat besar

      Delete