Saturday, January 4, 2014

Bukti Nabi Isa a.s masih hidup

Menara Isa
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan:

"Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

(Ingatlah) ketika Allah berfirman:
"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari qiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan". Surah Ali Imran: 55

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ketika ditanya tentang masalah wafat dan diangkatnya Nabi Isa a.s., beliau berkata, "Segala puji bagi Allah SWT. Nabi Isa a.s masih hidup. Dan disebutkan di dalam hadits shahih bahawa, Dari Abu Hurairah r.a.,

Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Allah yang menggenggam jiwaku. Tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan cukai, dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang layak menerima zakatnya dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisinya.
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Ibnu Katsir berkata,
"Dan tidak diragukan lagi bahawa apa yang dikemukakan oleh Ibnu Jarir inilah pendapat yang benar, kerana ini merupakan maksud dari konteks ayat-ayat yang menetapkan batalnya pengakuan orang-orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Isa, menyalibnya, dan menyerahkannya kepada orang-orang Nasrani yang bodoh dan tidak tahu akan masalah itu. Lalu Allah SWT memberitahu bahawa kejadiannya adalah tidak sedemikian, tetapi ada seseorang yang diserupakan oleh Allah SWT seperti Isa, lantas mereka bunuh orang yang diserupakan itu sedang mereka tidak mengetahui dengan jelas tentang hal itu. Kemudian Allah SWT mengangkat Isa kepada-Nya, dan dia (Isa) masih hidup dan kelak akan turun ke bumi sebelum datangnya hari qiamat sebagaimana ditunjukkan oleh hadis-hadis mutawatir." (Tafsir Ibnu Katsir 2: 405)

Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria ...

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. "And Muhammad is only a messenger — messengers have already passed away before him. If, then, he dies or is killed, will you turn back upon your heels?" (3:143)

    ReplyDelete