Thursday, November 28, 2013

akhirnya si tegar akan diburu polis

Setelah lama hidup dalam dunia glamour dengan menghidangkan cerita penglipur lara untuk menghibur orang-orang yang membenci Anwar Ibrahim dan keluarganya,

Kini penulis blog anti Anwar itu akan diburu polis susulan daripada waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris oleh mahkamah syariah

menurut berita harian,

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.
\
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment