Wednesday, November 27, 2013

Air - Khalid kasi telanjang syabas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat di Selangor menentang mana-mana pihak yang menghalang usaha kerajaan negeri menguasai aset air dan memberikan 20 meter padu air percuma.

“Tugas negeri sekarang selesaikan masalah air dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang sesiapa yang tak memberikan kita menguasai aset air negeri ini,” katanya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan Undangan Negeri.

Melalui perjanjian dengan Syabas pada tahun 2011, terdapat penurunan bekalan air tak terawat (NRW) daripada 30% kepada 19.98% tetapi menurut Khalid apa yang berlaku sekarang NRW meningkat menjadi 33%.

“Jadi ini yang sebabkan kita kekurangan air terawat, jawapan kita ialah kita mesti selesaikan NRW,” katanya.

Beliau berkata, Syabas membelanjakan dana RM1.169 juta yang diperoleh daripada kerajaan Pusat tetapi NRW tetap naik 33% .

“Syabas punya kabel yang besar untuk dapat RM500juta daripada Pusat dengan faedah yang tak dibayar selama lima tahun awal,” katanya.

Katanya, Selangor ada 4.8 juta liter air, yang boleh diagihkan ialah 4.6 juta liter sehari daripada 32 loji rawatan air yang ada di negeri itu.

Malangnya, menurut Khalid terdapat kebocoran 30% NRW apabila hanya 3.9 juta liter air terawat sehari sahaja yang sampai kepada pengguna.

Malah berlaku juga isu tender bekalan dan kontrak penyelenggaraan paip air Selangor yang bermasalah sejak dulu lagi.

“Saya tak nak sebut perkara ini…saya tak nak menambahkan dosa lagi,” katanya.

Mendapati Syabas dan Puncak Niaga tidak berupaya dari segi pengurusan dan kekuatan modal untuk menyelesaikan isu ini, kerajaan negeri memutuskan untuk ambil alih industri air dan kini sudah diperingkat akhir proses tawaran dengan Pusat, katanya.

Malaysia tetap akan bankrap 2019

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Mengurangkan jumlah air terawat dari 4.6 juta liter kepada 3.9juta liter se hari oleh adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Selangor. Ia boleh disamakan dengan tindakan menahan bekalan air minuman kepada yang memerlukan. Sudah sepatutnya rakyat Selangor bangun menentang habis2an tindakan zalim ini.

    ReplyDelete
  2. Syabas telah mengenakan tiga harga dalam satu bil air:

    1 - 0- 20 cubic meter - RM 0.50/cubic meter
    2 - 20 - 35 cubic mete -RM 1.05/ cubic meter dan
    3 - 35 cubic meter keatas - RM 2.00/ cubic meter.

    Cara pengebilan ini hanya berlaku diMalaysia sahaja dengan tujuan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan sudah tentu untuk menipu rakyat.Cara merawat air BUKAN menggunakan kaedah yang sofistikated dan keperluan peralatan yang moden, jadi tak perlulah menggunakan caj yang tinggi.

    Semua mesti ingat, air adalah pemberian ALLAH untuk setiap mahluk dan bukan milik BN jahanam.....

    ReplyDelete