Saturday, January 4, 2014

447 kesalahan dalam IQRA' - Gomen buat dono

Terdapat 447 kesalahan serius berkait dengan hukum tajwid dan format bacaan Al Quran yang diajar kepada pelajar sekolah rendah menerusi buku Iqra' ini.

Buku Iqra' yang terdapat kesalahan begitu banyak ini telah diajar di sekolah sejak 1995. Ertinya 18 tahun pelajar dan guru diletakkan dalam pembelajaran yang salah.

Penggal lepas Yb Dr Hayati [Pendang] telah bentang perkara ini di parlimen dan laporan telah dibuat berkali - kali kepada pihak kerajaan, tetapi masih tidak diambil peduli malah tiada langsung tindakan membetulkan keadaan.

Perkara ini serius kerana melibatkan kesalahan membaca kitab suci Al Quranul Karim. Bayangkan kesalahan ini berterusan selama 18 tahun. Kerajaan masih degil untuk bertindak.

Jika novel Interlok hanya mengandungi perkataan paria menyebabkan kerajaan terpaksa tarik balik sedang ia novel hasil karya sasteraean negara, kenapa Al Quran kitab suci yang diajar secara salah tidak diambil sebarang tindakan ?


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Salam GeloraHatiMuda

    Tolonglah jangan pakai transition glasses dalam majlis rasmi. Ia nampak kasual sangat.

    ReplyDelete