Monday, October 7, 2013

wanita-wanita montok berjoget ketika saudara-saudara mereka dibunuh Al Sisi

tarian gelek Mesir

Wanita-wanita montok mempersembahkan tarian seksi dalam satu program memperingati kemenangan sehari ke atas tentera Israel pada 6 Oktober 1973 dalam perang yang dinamakan perang Ramadhan.

Dalam kegembiraan mereka, mereka terlupa akan tarikh ini 6 Oktober 2013 juga merupakan tarikh syahidnya pejuang-pejuang Islam di kota-kota seluruh Mesir ditangan tentera Mesir sendiri.

Tentera Mesir terus membunuh dan mencederakan penentang-penentang rampasan kuasa di seluruh Mesir. Pada tanggal 6 Oktober 2013, bandar-bandar seperti Ramsis, Bani Suwef, Dokki, dan Mansurah terus bermandi darah rakyat Mesir.

Sekurang-kurangnya 70 orang telah syahid di seluruh Mesir pada tanggal bersejarah ini.

Umar Fathi Az Zunayni
Seorang jurutera Umar Fathi Az Zunayni, seorang penduduk Perkampungan Kardasah telah syahid hari ini di daerah Dokki kesan dari serangan di perhimpunan di Medan Tahrir sebelum ini, Jenazahnya kini berada di Hospital Ibn Sina di Jalan Musaddik, Dokki.

Gambar di atas adalah salah satu gambar beliau yang di ambil semalam, ketika perarakan di Kardasah kurang dari 24 jam sebelum kesyahidannya.
Rufaidah
Manakala di Bani Suwef seorang anak dara sunti, Rufaidah yang baru menjangkau usia 18 tahun, syahid kerana dia ingin menegakkan hak para syuhada.

Beliau syahid pada 6 Oktober 2013 di Bani Suwef  terkena peluru tentera Sisi

As-Syahid Abdul Rahman Al-Bashihi, 26 tahun yang merupakan
graduan Darul Ulum syahid di Ramsis
syahid di Ramsis
syahid di Dokki


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment