Wednesday, October 23, 2013

Terdapat usaha cantas Dr Hatta Ramli

Baru-baru ini satu sms yang mengandungi nama-nama pimpinan pusat yang dikatakan hendak dicantas dalam muktamar telah disebarkan. Antaranya ialah:

Dr. Mohd Hatta bin Ramli

Beliau memiliki kelulusan dalam jurusan perubatan dari UKM dan Sarjana Kesihatan dari Universiti Nasional Singapura. Pegalaman luas beliau dalam bidang perubatan telah memberi pengiktirafan kepada beliau untuk dilantik sebagai Presiden Persatuan Perubatan Islam (96-98) dan Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam (96-98). Almarhum Ustaz Fadzil Noor semasa hayatnya telah melantik beliau sebagai doktor peribadi.

Beliau berpengalaman dalam bantuan misi kemanusiaan ke Pakistan, Aceh, Iraq dan Afghanistan. Juga terlibat sebagai pemantau pilihanraya Timor Timur dan Indonesia. Beliau pernah dilantik sebagai Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara dan menyertai persidangan Hepatetis B di Cameroon dan Geneva.

Dr. Hatta sanggup meninggalkan profesyen kedoktorannya yang boleh memberi kehidupan selesa dengan pendapatan 5 angka untuk berkhidmat di dalam jemaah sepenuh masa.

Beliau telah lama terlibat dalam jemaah. Bermula sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS (Almarhum Ustaz Fadzil Noor), Exco Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, pernah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Gombak.

Kini beliau dimanahkan sebagai AJK Pas Pusat. Sejak dari muda lagi, beliau telah mendapat sentuhan tarbiah dari kepimpinan tertinggi jemaah.

Dalam mana-mana demontrasi, beliau sentiasa berada di barisan hadapan mengetuai perarakan rakyat dan menjadi target pihak tertentu untuk dikasari. Kebiasaan pemimpin pembangkang yang banyak memberi ancaman politik kepada Umno-BN lah yang akan ditahan dan dilokap. Kini beliau sudah 2 penggal menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai. Beliau antara wakil Pas di parlimen lantang bersuara mempertahankan hak rakyat.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri memberi kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Bendahari PAS Pusat. Pada sesi 2011-2013, Dr. Hatta dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya Pas Pusat. Yang memberi mandat ini sudah tentulah hasil keputusan Mesyuarat AJK Pas Pusat yang turut dihadiri oleh Presiden dan sebahagian AJK Pas Pusat yang terdiri daripada para ulama.

Tahukah ahli-ahli Jemaah Pas, apakah signifikan sebuah pilihanraya kepada parti kita? Ia sebuah MEDAN JIHAD PAS. Jika di Mesir, Ikhwanul Muslimin berhadapan dengan peluru Al-Sisi yang membunuh dan sebahagian gerakan Islam terpaksa mengangkat senjata, maka di Malaysia, PAS menjadikan ruang pilihanraya (muwajahah silmiyyah - berhadapan secara aman) sebagai medan amal Islaminya untuk melawan pemerintah zalim.

Di peringkat pimpinan pusat mengamanahkan tokoh ini sebagai ‘panglima medan jihad’ jemaah, di peringkat pengikut bawahan pula menyebarkan dakyah bahawa nama ini wajib dicantas.

Ternyata, suara yang mahu menjatuhkan pemimpin ini hanya suara minoriti terutama pemuda-pemuda yang ‘baru nak up’ dalam parti tetapi bijak mengekspoitasi Facebook. Buktinya dalam Muktamar Pas Pusat Ke-57, beliau mendapat undi kedua tertinggi daripada perwakilan muktamar (765 undi) sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2011-2013.

Berhentilah daripada buat kerja bodoh untuk mencantas pemimpin tertentu hanya kerana berbeza satu dua pendapat.Telah terbukti pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang mereka curahkan kepada jemaah sejak dari muda lagi.

P/s: PTM akan berkongsi latar belakang dan pengalaman dalam jemaah beberapa pimpinan yang mahu dicantas oleh orang tertentu dalam Pas. - pengerusi tetap muktamar

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Sokong Dr Hattan. Dia bagus. Saya kenal dia. Mudah beramah mesra. Kuat berjuang. Banyak jasa

    ReplyDelete