Wednesday, October 2, 2013

tentera asad serang hizbollah kerana rogol gadis nasrani

Konflik dalaman kembali berlaku dalam barisan penyokong rejim Basyar Assad. Aktivis Syria mendapat berita dari tentera rejim yang bertugas di bandar Qusayr, telah berlaku insiden tembak menembak antara anggota Hizbullah dengan warga tempatan yang beragama Kristian.

Konflik tersebut dicetuskan oleh anggota Hizbullah yang menculik dan memperkosa dua gadis nasrani. Setelah melampiaskan nafsu serakah mereka, anggota Hizbullah tersebut meninggalkan kedua mangsa begitu saja.

Abu Huda Al-Himsi berkata seperti yang disampaikan oleh aktivis tempatan, keluarga dua gadis tersebut tidak dapat menerima dan memarahi Hizbullah.

"pertengkaran antara anggota Hizbullah dengan warga nasrani tempatan berubah menjadi insiden tembak menembak. Dalam insiden itu, 2 tentera Syria terbunuh ketika berusaha untuk meleraikan pertelingkahan yang berlaku. Bahkan, seorang tentera Hizbullah berani memukul seorang tentera rejim berpangkat kolonel di depan penduduk Qusayr, "kata Abu Huda kepada Orion News semalam.

Pihak tentera Syria yang berada di Qusayr juga tidak menerima sikap angkuh kumpulan Hizbullah. Mereka menghalau pasukan syiah berasal dari Lebanon tersebut dari markasnya yang berada di wilayah Al-Jawwadiyah. Tidak hanya itu, tentera Syria menghujani wilayah tersebut dengan roket selama lebih kurang 2 jam.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber muslimina.blogspot.com


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment