Saturday, January 4, 2014

Sultan Brunai isytihar laksana Hudud

Hari ini AFP melaporkan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan antara individu paling kaya didunia berkata perlaksanaan Akta Jenayah Islam telah dilaksanakan secara rasmi selasa lalu, keseluruhan perlaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan.

"Dengan izin Allah swt, dengan penguatkuasaan undang-undang ini, tugas kita kepada Allah oleh itu dipenuhi," Sultan, 67, berkata dalam ucapannya.


Brunei Darussalam akan memberlakukan hukum syariah mulai tahun depan. Pernyataan tersebut disampaikan Sultan Hassanal Bolkiah hari ini selasa, 22 Oktober 2013.

“Dengan akan berlakukanya peraturan ini, alhamdulillah, tanggung jawab kita di hadapan Allah telah tertunai..

Dengan penuh yakin Sultan Hassanal Bolkiah menegaskan bahawa dengan perlaksanaan undang-undang ini nanti tanggungjawab Negara beliau terhadap Allah swt bakal terlaksana.

Hukum syariah yang antara lain pencuri dipotong tangannya, pemabuk di sebat, dan penzina direjam tersebut akan mulai berlaku mulai April tahun depan.

Sebelum ini Brunei juga telah melarang penjualan minuman beralkohol dan penyebaran agama selain Islam.

Sultan Bolkiah menambahkan undang-undang baru itu tidak akan mempengaruhi kebijakan pemerintah secara keseluruhan, termasuk kebijakan investasi asing.

Mufti Brunei, Awang Abdul Aziz, dalam konferensi pers terkait menyatakan hukum syariah “menjamin keadilan bagi setiap orang dan melindungi keberadaan mereka.”

Sewajarnya kita berdoa agar cita-cita murni Sultan dan rakyat Brunei terlaksana sebagaimana yang dicita-citakan. Malaysia bagaimana?



adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Assalam tuan rumah...

    Sekadar memberi pandangan yang tak seberapa.
    Berlegar di internet. akan terjadi sesuatu yang besar di bulan 10 tahun ini...Mungkinkah ayat yang selama ini berlegar di internet sekadar bayangan atau hint untuk benda sebesar ini. Allah telah tunjukkan kepada umat Islam Melayu Malaysia dan kafir Malaysia bahawa Hudud ini tidak langsung melibatkan orang Kafir sekalian kuman sekalipun...yang selama ini dihalang kerana dikatakan orang kafir pun kena .Wallahualam....Alhamdullillah..Brunei menjadi penggerak pertama ke arah kebangkitan Islam di Nusantara walaupun Acheh sudah melaksanakanya..tapi di sini kesah ia berlainan...ia diwarkan dari seorang Sultan

    ReplyDelete