Tuesday, October 1, 2013

Ridhuan Tee belasah bekas MB..

tan sri muhammad
Kenyataan bekas Menteri Besar (MB) Selangor yang mengatakan gambaran yang salah yang dilakukan oleh beberapa media tertentu, mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia perlu diberikan perhatian

Bekas MB itu berkata, media tersebut telah menyelewengkan kebenaran dan menakut-nakutkan rakyat dengan melabelkan Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.

Katanya, “memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun”.

Pendapat ini bercanggah dengan fakta ilmu dan akademik. Sepanjang pembelajaran dan kajian saya, berlatar belakangkan sejarah dan politik, ketika kependudukan Jepun selama hampir 4 tahun, yang menjadi mangsa adalah orang Cina, bukan orang Melayu, dari segi peratusan bilangan penduduk ketika itu.

Orang Jepun amat memusuhi orang Cina. Begitu juga Cina terhadap Jepun. Permusuhan dan dendam yang tidak berkesudahan. Berasaskan sejarah, Jepun bermusuh dengan negara China sejak dahulu lagi. Kedua negara ini pernah berperang antara tahun-tahun 1895 dan 1937.

Apabila Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu pada 1941-1945, kesempatan digunakan untuk membalas dendam kepada orang Cina. Orang Cina berada dalam ketakutan. Jepun tidak teragak-agak untuk membunuh dan menyiksa orang Cina yang ditemui.

Keadaan ini memaksa orang Cina untuk menyelamatkan diri. Paling ramai lari ke hutan dan menyertai komunis. Pada tahap ini juga, hubungan etnik antara Melayu dengan Cina berada dalam keadaan amat buruk.

Jepun turut mahukan orang Melayu memusuhi Cina, walaupun Melayu tidaklah bersifat sedemikian. Untuk menjayakan misi itu, Jepun berbabik-baik dengan Melayu. Ramai Melayu dilantik menjadi polis dan pengintip. Orang Melayu diminta memberi maklumat mengenai kedudukan dan pergerakan orang Cina. Pendek kata, tidak ramai orang Melayu dibunuh atau dianiaya oleh Jepun. Saya tidak faham dari mana bekas MB tersebut mendapat fakta-fakta bahawa orang Melayu lebih ramai di bunuh oleh Jepun.

Isu hubungan dua hala antara negara Malaysia-China, bukanlah bermakna kita mengiktiraf komunis. Dari hubungan diplomatik dan ekonomi, tidak salah kita mengadakan hubungan dengan negara komunis termasuk Rusia, Korea Selatan dan sebagainya. Kita tidak akan menjadi komunis dengan hubungan ini.

Fakta yang mengatakan China banyak memberi bantuan kepada PKM turut boleh dipertikaikan. Sebenarnya tidak banyak bantuan yang diterima daripada PKM daripada komunis China. Ini kerana, mereka yang berhijrah ke negara lain sudah tidak diiktiraf dan diterima untuk kembali semula ke China. Negara China juga pada ketika itu berada dalam kesusahan. Bagaimana komunis China boleh membantu PKM dengan begitu banyak?

Tanya orang Cina pada hari ini, adakah mereka mahu kembali ke China. Semua tidak mahu. Sekadar melawat China bolehlah. Malah ramai rakyat China yang ingin menjadi warganegara Malaysia.

Kata bekas MB itu lagi: “Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis. Kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang”. Kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat”.

Selaku seorang negarawan, saya amat mengharapkan bekas MB itu tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan rakan-rakan seperjuangan beliau sebelum ini. Membandingkan penjajahan British yang begitu lama dengan kependudukan Jepun (bukan penjajahan) yang pendek adalah ultra kiasu.

Cubalah memahami perancangan licik ultra kiasu daripada memusuhi rakan seperjuangan dahulu. Apakah kita tidak nampak seluruh ultra kiasu bersatu hati apabila kepentingan dan identiti mereka tercabar dan dicabar. Mereka akan mencari seribu satu macam alasan untuk menjustifikasikan tindakannya seolah-olah nampak betul dan mempunyai bukti.

Pada saya komunis tetap komunis. Tidakkah kita bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa komunis seperti ribuan anggota polis dan tentera serta ahli keluarga yang terkorban dan cacat, akibat keganasan komunis sebelum berjaya dibenteras sepenuhnya? Apakah kita sudah lupa jerangkap samar yang dipasang oleh komunis di dalam hutan serta kampung-kampung Melayu yang dibakar komunis?

Sebenarnya ideologi komunis masih subur. Perkara ini berkait rapat dengan tugu peringatan komunis Bintang Tiga atau MPAJA yang dibina pada tahun 2006, di Taman Peringatan Nilai. Pergilah melawat dan lihat sendiri.

Tugu peringatan tersebut telah menjadi penyembahan dan pemujaan ultra kiasu sehingga ke hari ini. Saban tahun ultra kiasu, termasuk pemimpin komponen BN, akan bertafakur di sana sebagai menunjukkan rasa terhutang budi dan penghormatan mereka terhadap komunis yang disangka mereka adalah pejuang.

Pada saya, sama ada Chin Peng disemadi di sini atau, bukan isu. Sama juga kedudukan Dr Azhar dan Nordin Mat Top. Dalam Islam), apabila matinya anak Adam maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak-anak yang soleh. Sebab itu kita tidak kisah ada tanda kubur (abu) atau tidak. Dahulu, ketika menunaikan haji menggunakan kapal, jika ada jemaah yang meninggal, ia akan dihanyutkan ke dalam laut. Begitu juga mereka yang meninggal ketika menunaikan haji. Rohnya sudah kembali kepada Allah. Jasad sudah tidak penting lagi ketika itu.

sumber - http://ridhuantee.blogspot.com/
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Kata Ridhuan Tee, "Pada saya komunis tetap komunis." Baguslah tu. Yang hang Cina mengaku Melayu tu pasal apa. Murtad punya Cina seekor ni.

    ReplyDelete