Monday, October 7, 2013

Rabiatul Adawiyah bergelora lagi

Pemuda Penentang Kudeta Memasuki "Rabaah" Walau Diserang Pihak Kudeta

Perarakan yang dirancang oleh Pergerakan "Pemuda Penentang Kudeta" telah berjaya memasuki ke Medan Rabiatul Adawiyah buat kali pertama selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai meleraikan perhimpunan aman pada 14 Ogos yang lepas.

Angkatan Kudeta berhadapan dengan pemuda aman yang memasuki Rabaah dengan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka serta menahan beberapa penunjuk perasaan.

Ditegaskan juga oleh sebilangan besar pemuda gerakan tersebut bahawa kemasukan ke Medan Rabiatul Adawiyah ini adalah kejutan pertama mereka dalam menentang tentera rampasan kuasa sebagai persediaan untuk hari keenam Oktober.


Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini
adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment