Friday, October 18, 2013

Pulau Pinang bina sekolah Islam Antarabnagsa

GEORGE TOWN , 16 Okt - Satu Sekolah Islam Antarabangsa RM6 juta akan dibina di Sungai Ara di sini sebagai tambahan kepada lapan buah sekolah antarabangsa yang lain di negeri ini.

Projek  dibiayai oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad itu dijangka mula dibina pada tahun depan di atas yanah berkeluasan 4,863 ekar di Jalan Persiaran Relau berhampiran SK Relau di Sungai Ara .

"Ini adalah satu sekolah Islam antarabangsa yang akan menghasilkan lebih banyak ulama Islam di negeri ini," katanya ketika mengumumkan demikian pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Keseluruhan projek akan termasuk blok akademik , dewan serbaguna, kompleks sukan dan asrama pelajar.

"Kami menjangkakan projek ini akan siap pada 2017, " kata Lim.

Lim berharap sekolah Islam Antarabangsa ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan pendidikan Islam di negeri ini.

"Projek ini juga akan mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan kerana ia adalah satu-satunya sekolah islam antarabangsa di kawasan utara Malaysia," katanya.

Negeri ini kini mempunyai sejumlah lapan buah sekolah antarabangsa yang menawarkan sukatan pelajaran pendidikan British dan Amerika.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment