Tuesday, October 22, 2013

Pelajar Malaysia ingkar arahan kerajaan

Pelajar Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak menghiraukan amaran kerajaan agar tidak menyertai perarakan menemui Anwar Ibrahim yang berkunjung ke Australia untuk memenuhi jemputan dalam program 'Adelaide Festival Of Ideas.'

Semakin banyak media mempertikaikan tindakan wakil Jabatan Pelajar Malaysia yang mengugut pelajar supaya jangan menyertai majlis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Adelaide, Australia semalam dan hari ini, dengan terbaru laman smh.com.au pula menyerang kerajaan Malaysia.

Dengan tajuk "Anwar Ibrahim blasts government's 'weak' response to student threats" (Anwar serang kerajaan kerana lambat selesai ugutan terhadap pelajar), SMH melaporkan, Anwar mendapat sokongan penuh daripada penonton di dewan Universiti Adelaide yang menyaksikan beliau bersama pengantara ABC, Waleed Aly.

Anwar dan Senator Nick Xenophon meminta kerajaan pusat membantah ugutan terhadap pelajar Malaysia di Australia itu dan menyifatkan kerajaan lemah apabila gagal berbuat demikian.

Penasihat Jabatan Penuntut Malaysia, Shahrezan Md Sheriff menerusi emelnya kepada semua pelajar Malaysia di sana khasnya kepada pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memberi amaran supaya mereka tidak turut serta program Festival Perbezaan Pendapat, Idea dan Demokrasi di Universiti Adelaide, yang menampilkan Anwar sebagai salah seorang pemidato.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa JPA yang terlibat.

"Anda tahu dengan baik apa yang anda tandatangan (perjanjian biasiswa)," kata Shahrezan dalam emelnya kepada pelajar Malaysia di sana.TV Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC) melalui laman webnya juga melaporkan bantahan terhadap kenyataan wakil kerajaan ini.

Sekumpulan pelajar Malaysia di Adelaide, Australia turut mengadakan bantahan ke atas arahan Putrajaya yang melarang mereka menghadiri program Anwar di sana.

Menurut agensi berita ABC, hampir sedozen pelajar mengadakan demonstrasi sambil memakai topeng dan memegang sepanduk sebagai tanda tidak akan tunduk kepada arahan oleh Putrajaya itu.SMH melaporkan, Anwar berkata, kerajaan gagal untuk menguruskan isu dan gangguan ini tidak boleh diterima dan kerajaan harus bersuara. ~tmi




adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Cuma kerajaan bahlol, lemah danj tidak bertamadun saja akan melarang rakyatnya menerima ilmu dan pandangan berbeza. Itu sebabnya ahli2 umno terutama orang2 melayu di kampung2 mempunyai daya pemikiran yang sangat daif, tidak ada daya saing dan bergantung hidup seperti peminta sedekah. Malang sungguh bangsaku yang ditipu saban hari kononnya melayu akan hilang segala2nya kalau umno tak memerintah sedangkan mereka telah hilang segala2nya selepas diperintah umno selama bgerpuluh tahun. Sekarang anak2 Malaysia pula cuba dihalang dari menyuburkan intelek mereka.

    ReplyDelete