Wednesday, October 23, 2013

Nazri: Kamu lawan saya, saya 'bunuh' kamu


Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan berganjak dalam keputusannya berhubung isu pengambilan tanah dan kerja perobohan sebahagian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu.

Nazri menegaskan bahawa perbinaan bangunan dan gelanggang bola keranjang di sekolah itu dibuat di atas tanah kerajaan,

Katanya, pihak sekolah boleh bertemu dengan kerajaan dan mengakui kesilapan kerana mengambil tanah yang bukan milik mereka.

Malah, kerajaan juga akan mengambil sikap terbuka sekiranya sekolah tersebut menyatakan hasrat untuk menyewa tanah berkenaan.

NONE"Kami ini waras. Jangan lawan dengan kami. Itu tanah saya (kerajaan). Jangan kamu tanya apa yang perlu saya lakukan.

"Datang jumpa saya, dan kata kami minta maaf. Saya menggunakan tanah kamu dalam tempoh 30 tahun, termasuk kawasan letak kereta... Tak ada masalah.

"Kamu lawan dengan saya, saya lawan balik. Saya bunuh (tewaskan) kamu.

"Saya rampas balik tanah itu. Jangan timbulkan sesuatu yang tidak diingini dengan saya. Itu tanah kerajaan. Itu tanah saya," tegas Nazri dalam sidang media pagi ini.

Masalah boleh dirunding

Dilaporkan kira-kira 300 orang berkumpul pada 24 September lalu bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada sekolah itu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun perobohan dijadualkan berlaku pada tarikh tersebut ditangguhkan dan mereka mendesak supaya mereka membatalkan hasrat sekiranya jujur.

NONEMengulas lanjut, Nazri berkata walaupun pengambilan tanah oleh pihak sekolah terbabit itu berlaku dalam tempoh yang lama, kerajaan mempunyai "kewarasan dan ia boleh dirunding".

"Kita boleh bincang. Rundinglah. Saya bukannya tidak waras," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada mengajak pihak sekolah berbincang mengenai masalah tersebut, Nazri berkata beliau tidak pernah mengajak mereka untuk berbincang memandang tanah itu adalah tanah kerajaan dan beliau adalah menteri.

Sebaliknya, Nazri yang juga ketua Umno Padang Rengas menegaskan pihak sekolah yang mahu berbincang dengan kerajaan.

"Sekiranya kamu bersedia untuk bertemu dan mengakui kesilapan dan kamu memohon (kepada kerajaan) untuk menyewa tanah, OK, kita duduk dan berbincang.

"Kata 'ya', tidak ada masalah. Lihat, saya seorang yang waras. Saya kata, tulis surat kepada saya, kata 'ya', tiada masalah. Saya waras.

"Jangan lawan dengan saya, itu tanah saya. (Jika tidak), saya hambat kamu keluar," katanya. - MK

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment