Tuesday, October 29, 2013

mark up harga gula mentah punca sebenar kenaikan harga gula

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik disebabkan tindakan kerajaan pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga terlalu tinggi dan bukan kerana penghapusan subsidi.

Tony mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs, pada Januari 2012.


Katanya, ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula yang lebih mahal dan mendakwa mengkritik kerajaan ketika perjanjian itu dimeterai ekoran pembelian gula mentah dengan harga yang lebih mahal daripada harga pasaran iaitu US23.42.

“Harga gula ketika ini US18.91 setiap 100lbs yang membolehkan kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi dan harga gula menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.

“Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai helah sebagai alasan untuk menghapuskan baki subsidi RM521 juta setahun. Alasannya, dengan mengaitkan kematian mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat diabeties, termasuk nasihat dengan mengurangkan gula dapat meningkatkan libido, tetapi rakyat yang terpaksa membayar mahal,” katanya di Parlimen, di sini, hari ini.

Tony berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

“Ketika itu, saya sudah memberi amaran kepada kerajaan bahawa semua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat ‘excessive supply’. Tetapi, tidak dihiraukan dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan membeli gula dengan 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran, bulan ini kerana harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah US16.70 setiap 100lbs, pada September 2013.

“Walaupun harga gula mentah meningkat sedikit bulan ini pada kadar US18.91, namun ia masih jauh lebih murah daripada harga yang diimport kerajaan. Kerajaan terlebih bayar RM194 juta atau pengimportan 2.37 bilion paun gula mentah setiap tahun dan perlu bertanggungjawab kerana membuat keputusan tidak wajar serta menyusahkan rakyat,” katanya.

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Bila pilih manusia2 bodoh jadi menteri inilah jadinya. Orang lain beli dengan harga murah, menteri kita macam tak lulus kira2 darjah dua beli dengan harga lebih mahal dari harga pasaran. Bila dah buat silap buat alasan2 yang terlalu bangang dan tolol.Malang sungguh rakyat Malaysia bila ada menteri2 macam ni.

    ReplyDelete
  2. Hanya Tony Pua sahaja yang tak buat homework semasa membuat kenyataan. Sebenarnya apabila kerajaan membida harga gula di pasaran komoditi New York (Oktober 2011) yang kontraknya ditandatangani pada Januari 2012, yang ketika itu harga gula adalah US$660/Mt bersamaan dengan US$29.95/100lbs.

    Kita membida di bawah paras harga sebenar lantaran kontrak yang lebih panjang iaitu RMUS26.00/100lbs. lebih menarik pada kacamata pembekal.

    Sekarang siapa yang tipu siapa ? Tony Pua telah tipu semua rakyat Malaysia yang mengatakan kerajaan tak reti nak bida harga, sedangkan kerajaan lebih bijak dengan membida harga gula lebih rendah dari pasaran.

    Tony Pua menampakkan lebih bodoh kerana mengatakan sekarang harga gula dunia berada paling rendah US$16.70 / 100lbs, mengapa kita membayar lebih ?

    Apakah Tony Pua tak reti konsep kontrak niaga hadapan yg mana kita telahpun menandatangani perjanjian pembelian gula selama 3 tahun bermula dari Januari 2012.

    Jika kini harga gula jatuh US$10.00/100lbs sekalipun, kita hanya boleh tenguk saja ! Jika kita bida kontrak ini, kita tidak dapat gunakannya. Kecuali mulut Tony Pua terlalu besar nak sumbat semuanya ke dalam mulutnya.

    Ikutilah kupasan saya bertajuk,"Memahami kontrak niaga hadapan komoditi gula dunia dan kesannya kepada harga gula tempatan".

    Anda akan dapati, kenyataan Tony Pua hanyalah dakyah yang mencari publisiti murahan serta memanipulasi emosi rakyat sahaja.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html

    ReplyDelete