Saturday, January 4, 2014

Kisah Nabi Musa dengan 'Auj Bin Unuq sang gergasi gagah

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s.

Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari.

Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu.

Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya.

Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar-askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj.Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya.

'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta.  Baginda memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
0leh - Pas kawasan Lenggong

adios

Disclaimer

"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

4 comments:

  1. Kepada penulis, adalah lebih baik tuan selidiki terlebih dahulu kesahihan cerita berkenaan 'Auj Bin Unuq. banyak pendapat Ulama zaman lampau telah mengklasifikasikan kisah ini adalah bertentangan dengan akal. dan terdapat dua versi cerita yg berbeza. versi tuan mengatakan 'Auj Bin Unuq Beriman dengan ajaran Nabi Nuh...tapi kenapa pula dalam versi asal 'Auj Bin Unuq tidak beriman dengan Nabi Nuh....percanggahan pendapat. dan versi asal juga telah di bidas oleh ulamak2 terdahulu seperti Ibnu Katsir , Ibnu Munzir dalam tafsirnya dengan sanad dari Ibnu Umar , Al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir-nya dengan sanad dari Ibnu Mas’ud ....rata-rata mereka berpendapat yg sama...iaitu cerita ini adalah rekaan dan dongeng dari Ahli Kitab...lebih tepat lagi ia digelar kisah2 israiliat . sila rujuk pada pakar dalam bidang ilmu hadis....kerana cerita 2 palsu yg disebarkan akan tuan jawap dihadapan Allah nanti...wallaulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam tuan... saya sendiri curiga dengan kesahihan cerita ini namun saya siarkan juga untuk mendapat feedback seperti yang tuan huraikan.. terima kasih

      Delete
  2. Assalammu'alaikum... 'Auj bin Unuq bin Yarfis bin Nuh a.s. adalah cicit Nabi Nuh a.s. kewujudan 'Auj bin Unuq memang benar tetapi kisah yang berkaitan 'Auj bin Unuq dgn Nabi Musa a.s. tersebut ini belum hamba ketahui kesahihannya. Ketinggian Nabi Musa a.s. bukanlah 40 hasta, ketinggiannya seperti bangsa-bangsa Israel serang ini. Ketinggin 40 hasta sebenarnya merujuk kepada Nabi Adam a.s. kerana ada disebutkan riwayatnya dalam kitab. wallahu'alam.
    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam tuan... saya sendiri curiga dengan kesahihan cerita ini namun saya siarkan juga untuk mendapat feedback seperti yang tuan huraikan.. terima kasih

      Delete