Monday, October 28, 2013

Khalid nafi jawatan MB dirampas Azmin

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan khabar angin bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengambil alih jawatannya kelak. Katanya tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan perkara biasa dalam politik.

"Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya kepada media di Pusat Konvesyen Setia Alam, Selangor.

Sebelum ini desas-desus mengenai penggantian Azmin timbul kerana segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdul Khalid.

Malah Abdul Khalid juga pernah dikritik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membandingkan pentadbirannya dengan Menteri Besar Pulau Pinang.

Abdul Khalid berkata beliau telah lali dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya.

"Tidak ada yang perlu diperbesarkan dalam isu ini, kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk mengkritik ditambah pula dengan kewujudan laman sosial.

"Dan saya gembira sebenarnya, ini membukti tahap kematangan berpolitik di negara kita sudah mencapai tahap terbaik.

"Inilah dramanya yang kita boleh juga dalam MCA dan MIC ia berlaku apabila wujudnya keinginan memegang jawatan yang lebih baik, apabila tinggi jawatan kita maka persaingan lebih sengit," katanya.

Abdul Khalid juga menyifatkan kritikan tersebut merupakan asam garam dunia politik selain menegaskan beliau merupakan ahli korporat yang baru menceburi dunia politik.

"Kita mesti berpegang pada prinsip, dan saya jujur dalam berkhidmat kepada rakyat sepertimana saya sebagai ahli korporat yang kemudiannya mentadbir negeri.

Utusan Malaysia, hari ini melalui komunis Awang Selamat, menyiarkan desas-desus bahawa Abdul Khalid akan diganti dengan Azmin tidak lama lagi.

Kolumnis Awang Selamat juga mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.

Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?

“Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid." ~tmi

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment