Wednesday, October 23, 2013

kerusi kosong aibkan menteri luar Mesir di persidangan PBB



Sekarang isu ini hangat diperbincangkan di laman- laman sosial, apabila seramai 122 perwakilan dalam Persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meninggalkan dewan ketika perwakilan dari Mesir iaitu Menteri Luar Negeri (Kudeta) Mesir, Nabil Fahmi naik ke atas pentas untuk memberi ucapan.

Suasana di dalam dewan sangat lengang dan perkara ini adalah sesuatu yg sangat jarang-jarang berlaku kepada perwakilan dari Mesir.

Sebagaimana yang diperhatikan di dalam rakaman video ketika berlangsungnya persidangan, yang tidak disiarkan dalam mana-mana siaran mesir; bahawa majoriti perwakilan- perwakilan mengosongkan kerusi mereka.

Perwakilan dari Mesir memberi ucapannya kepada baki perwakilan yg hadir, yang majoritinya dari negara-negara yang menyokong kudeta seperti negara haram Israel, Iran, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Togo, Gambia dan Crotia.

Dikatakan pada tahun lepas, Mursi yang mengetuai delegasi dari Mesir telah disambut dengan sambutan yang luar biasa dari perwakilan-perwakilan seluruh negara yang hadir untuk mendengar ucapan beliau, dan tidak direkodkan sebarang ketidakhadiran dari mana-mana negara.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment