Saturday, January 4, 2014

Iktiraf Syiah - Ustaz PAS perlu jelaskan syiah mana yang tidak terkeluar dpd islam

Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.

Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.

Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.

Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menceburkan diri dalam politik.

Khairuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang terus memusuhi Syiah seolah-olah semua mereka terkeluar daripada Islam.

Di Malaysia, katanya, beberapa kumpulan Muslim yang mengamalkan mazhab Syiah diburu dan perhimpunan mereka diganggu.

"PAS memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan perlembagaan itu maka Syiah tidak diterima oleh PAS, maknanya tidak boleh ahli PAS berpegang kepada mazhab Syiah sebagaimana kerajaan Malaysia juga tidak membenarkan rakyatnya menganut mazhab Syiah....TMI

“Namun PAS tidak membenarkan pihak luar melaga-lagakan antara Ahli Sunnah dengan Syiah,” katanya.

Beliau memberikan contoh apa yang berlaku di Syria apabila musuh Islam khasnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel berjaya memecahkan Sunnah dengan Syiah.

Katanya, pertembungan di Syria adalah pertembungan antara orang yang zalim dan dizalimi iaitu antara kerajaan Bashar Al-Assad dengan rakyatnya.

Syria dikuasai oleh kerajaan Bashar yang kebetulan penganut Syiah Alawiyah yang tidak diiktiraf oleh kumpulan Syiah sendiri.
AS dan Israel, katanya, mengambil kesempatan daripada pertembungan ini untuk menyemarakkan api pertelingkahan sehingga menimbulkan konflik antara Sunnah dan Syiah di Syria.

“Dalam masa yang sama tidak dinafikan sebahagian pertembungan dipengaruhi elemen mazhab Syiah dan Sunni.
“Tindakan Hezbollah dan Iran yang membantu Bashar ditentang bukan kerana mereka Syiah tetapi kerana mereka membantu Bashar yang jahat,” katanya. – 5 Oktober, 2013.TMI

****PAS tidak pernah mengiktiraf syiah. Mengapa tiba-tiba sahaja mamat ni muncul dengan pendapat sedemikian rupa.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

10 comments:

  1. Mazhab Ahli sunnah waljamaah beraqidah daripada sahabat tetapi Syah Imammiah(a.bait)mengambil
    daripada 12 Imam(hadith Bukhari).Kebanyakkan hadith tidak diterima Saidina Omar sendiri tetapi
    Saidina Omar sendiri meminda kebanyakan hadith dan lebih percaya sahabatnya itu seorang Yahudi,
    Cuba teliti sejarah yang yang ditulis oleh mereka yang awal.Cuba jangan bertengkar dan berperang kerana kita sebenarnya di uji Allah dan akan dihisab olehnya.Bagi saya mazhab Wahabi sedang memenangi apa yang diperjuangkan.Dalam Pas sekarang terlalu banyak pengikut
    Wahabi dengan nama macam macam, ketua mereka menunggu masa untuk mengambil alih Pas.
    sebaik saja orang yang mereka tarbiah sekarang telah ramai.

    ReplyDelete
  2. Mazhab Ahli sunnah waljamaah beraqidah daripada sahabat tetapi Syah Imammiah(a.bait)mengambil
    daripada 12 Imam(hadith Bukhari).Kebanyakkan hadith tidak diterima Saidina Omar sendiri tetapi
    Saidina Omar sendiri meminda kebanyakan hadith dan lebih percaya sahabatnya itu seorang Yahudi,
    Cuba teliti sejarah yang yang ditulis oleh mereka yang awal.Cuba jangan bertengkar dan berperang kerana kita sebenarnya di uji Allah dan akan dihisab olehnya.Bagi saya mazhab Wahabi sedang memenangi apa yang diperjuangkan.Dalam Pas sekarang terlalu banyak pengikut
    Wahabi dengan nama macam macam, ketua mereka menunggu masa untuk mengambil alih Pas.
    sebaik saja orang yang mereka tarbiah sekarang telah ramai.

    ReplyDelete
  3. Ahli sunnah dan syiah adalah 2 aliran yang berbeza. tiada sebarang persamaan walaupun sikit. sekiranya ada itu semua adalah "TAQIYYAH" untuk mengkaburi mata umat Islam semata-mata.

    ReplyDelete
  4. artikel ini sangat bahaya tanpa asas. awas berhati-hatilah dengan "TAQIYYAH" syiah

    ReplyDelete
  5. sungguh telah tersesat orang yang berkata : siapapun yang melakukan TAQIYAH , maka dia adalah syiah.
    padahal TAQIYAH adalah sunnah para shahabat dan kemudahan dari Allah.

    Allah Berfiman didalam QS Ali Imron ayat 28 :

    إِلا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً

    artinya : kecuali karena menjaga diri dari sesuatu yang ditakutkan dari mereka

    imam bukhary meriwayatkan dari Abu darda : sesungguhnya kami benar-benar tersenyum dihadapan banyak qoum , sedangkan hati kami melaknat mereka ( musyrikin )

    As-Sauri mengatakan Ibni abbas berkata :
    ليس التقية بالعمل انما التقية باللسان
    Taqiyah bukan dengan amal perbuatan tetapi dengan lisan

    Imam Bukhary berkata al-hasan pernah berkata ;
    انما التقية الى يوم القيمة
    Taqiyah itu terus berlangsung sampai hari qiyamat

    ( Tafsir Ibni katsir )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaamun alaikum. Dalam Aqidah Ahlus sunnah wal Jama'ah TAQIYYAH yang dimaksudkan ialah ketika keadaan sudah terlalu DARURAT, contohnya jika sudah diancam NYAWA.

      BUKANNYA TAQIYYAH dan MENIPU sepanjang masa. MENIPU sepanjang masa HALAL juga diajarkan dalam Yahudi dan Kristian.

      Wallahu a'lam :)

      Delete
  6. Dan yang paling penting, TAQIYYAH dalam Islam adalah terhadap kaum Musyrikin dan sewaktu dengannya sahaja, bukan terhadap SESAMA ISLAM tanpa batasan dan sepanjang masa. Tanpa ada UGUTAN dan ANCAMAN, berTAQIYYAH juga, itu bukan LANDASAN SEBENAR. :)

    Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali." [Surah Aali-Imran : Ayat 28]


    ReplyDelete
  7. Al Kulaini di dalam Al Kafi 2/176 meriwayatkan –dengan dusta- ucapan Abu Abdillah kepada Sulaiman bin Khalid: “Wahai Sulaiman, sesungguhnya engkau diatas agama yang apabila seseorang menyembunyikannya (bertaqiyyah), maka Allah akan muliakan dia. Barangsiapa menampakkannya maka Allah akan hinakan dia”.

    Al Qummi di dalam Al I’tiqadaat juga mengatakan: “Taqiyyah hukumnya wajib. Tidak boleh menghapus kewajiban itu sampai muculnya Imam Mahdi…”.

    TAQIYYAH dalam SYiah menjadi WAJIB, sedangkan Nabi S.a.w dan para sahabat TIDAK PERNAH mewajibkan TAQIYYAH.

    “Mereka (orang-orang munafik) mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada di hatinya.” (Al Fath: 11)

    “Dan jika mereka (kaum munafik) bertemu dengan orang-orang beriman mereka berkata: ‘Kami beriman.’ Namun bila mereka bertemu dengan para syaithan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami bersama kalian. Kami hanyalah mengejek mereka (kaum muslimin).” (Al Baqarah: 14)

    “Dan kalian akan dapati seburuk-buruk manusia adalah yang bermuka dua, iaitu dia mendatangi suatu kaum dengan satu wajah dan mendatangi kaum yang lain dengan wajah yang lain pula.” (Muttafaqun ‘alaihi)

    ReplyDelete
  8. Mungkin ramai yang kurang faham apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Ustaz Khairudin ni...
    Syiah ada pelbagai mazhab sebenarnya... yang dimaksudkan oleh ustaz Khairudin ialah syiah Ziadiyyah dan Jaafariyyah yg mana aqidah mereka sama dengan kita ASWJ dan fiqh mereka sangat mirip kepada hanbali dan mazhab maliki... Mereka tidak mengkafirkan sahabat lagi... malah Jaafariyyah merupakan asal daripada Jaafar As-Sadiq (imam ke-6 bagi pengikut syiah) yang juga merupakan salah seorang guru kepada imam Malik.. mereka sezaman... dikhuatiri jikalau kita mengkafirkan mereka ini kita tergolong dalam golongan yang berdosa besar iaitu mengkafirkan umat islam yang masih berpegang kepada syahadah..dan rukun Islam mereka masih sama dengan kita ASWJ...
    Syiah yang lainnya ialah imamiyyah (majoriti di Iran) ataupun dikenali sbg itha ashaari... yang ini memang kategori lain.. sbb rukun islam mereka pun dah tak sama.. no 1 ialah wilayah.. yang jelas berbeza dgn kita ASWJ... yang kedua, mereka mengkafirkan sahabat Nabi yg telah dijanjikan Allah syurga.. lagi teruk apabila mereka menuduh isteri Rasulullah Saidatina aisyah r.a sebagai penzina... ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenar.. yang ini patut ditentang dan jangan dibiarkan golongan ini merebak dikalangan masyarakat kita.. malah dikatakan imam mereka lebih mulia daripada Rasulullah... teruk sgt dah tu...
    Syiah yang ketiga ialah Nusayriyyah (daripada Ibn Nusayr), Rafidha (yang bermaksud menolak) dan Alawi.. mereka ini golangan yang sama dengan berbeza gelaran.. Inilah yang menjadi pegangan Basyar Al-Assad laknatullah di syria..dan Syiah sendiri tidak mengiktiraf golongan ini... mereka beriktikad bahawa Ali itu Tuhan... Rasulullah itu Tabir...bagi sesetengah golongan rafidha, mereka menolak kenabian Rasulullah sebagai rasul dan menuduh malaikat jibril tersalah hantar wahyu yang sepatutnya diturunkan kpd Ali.. teruk sgt pemikiran ini... ini agama yang lain... jauh sekali dr Islam..
    Maka apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Khairudin ini ialah kita tidak tahu sangat lebih mendalam tentang syiah..maka dikhuatiri tanpa ilmu kita tersalah sehinggakan mengkafirkan orang yang masih islam cuma mereka syiah zaidiyyah ataupun jaafariyyah..itu yang cuba disampaikan.. kita tak nak masyarakat kita lebih gemar menghukum berbanding mendalami ilmu... cuma mungkin Ustaz khairudin tidak bagi detail sehinggakan ramai yang belum faham gagal mendapat mesej yang cuba ingin disampaikan beliau... wallahu'allam

    ReplyDelete
  9. biar syiah indonesia bicara dulu syiah malaysia ikut saja yg lain cuba fahami
    Jakarta, 14-12-2013
    KH. Hasan Alaydrus
    Ketua Umum DPP ABI
    http://indonesian.irib.ir/fokus/-/asset_publisher/v5Xe/content/sikap-resmi-ormas-islam-ahlul-bait-indonesia-atas-klasifikasi-syiah-indonesia-menurut-habib-rizieq-shihab

    ReplyDelete