Thursday, October 3, 2013

Akta cegah jenayah PCA diluluskan - mempukah keadilan ditegakkan?

Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan penahanan tanpa bicara selama dua tahun diluluskan Dewan Rakyat hari ini selepas melalui proses pindaan bermula awal minggu lalu.

Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia, manakala pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap.

Sejauh mana ahli politik dapat memastikan ketelusan perlaksanaan akta ini menjadi persoalan. Penahanan tanpa bicara ke atas individu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. ISA selalu digunakan untuk menahan seteru politik orang-orang tertentu. Kini ditukar nama kepada PCA dengan meletakkan sasaran kepada penjenayah terutama ahli kongsi gelap.

ISA tidak mempunyai kriteria tertentu untuk menentukan sama ada tindakan atau tingkah laku seseorang itu berbahaya kepada negara atau tidak. Takrifan dibuat oleh pihak berkuasa sahaja tanpa memberi pendidikan kepada rakyat akan peraturan tersebut.

Rakyat hanya tahu bahawa memiliki senjata api boleh menyebabkan seseorang ditahan di bawah akta keselamatan dalam negara. Kesalahan jenis ini boleh diterima pakai sejagat sebagai mendatangkan ancaman kepada sesbuah negara.

Penangkapan individu-individu yang bermotifkan politik ditolak oleh rakyat Malaysia kerana ianya satu perbuatan zalim. Politik tidak memudaratkan negara tetapi lebih kepada mebawa kesejahteraan negara.

Tanpa pembangkang individu yang menguasai sesebuah kerajaan tidak akan dapat ditegur. Adalah menjadi tanggungjawab pembangkang untuk memberi kesedaran terhadap sesuatu usul atau cadangan dari sudut/perspektif yang berbeza dengan pihak kerajaan.

Setiap bantahan yang dibuat rakyat merupakan teguran kepada mereka yang memerintah. Apakah teguran itu medatangkan bahaya dan menyebabkan negara tidak selamat?

PCA- oleh kerana penahanan dibuat tanpa bicara maka seseorang individu tiada hak untuk mempertahankan diri. Jika yang ditahan benar-benar seorang penjenayah maka persoalan tidak akan timbul tetapi bagaimana jika orang yang tiada kaitan dengan jenayah dan kongsi gelap turut menjadi mangsa akibat konspirasi berpunca dari dendam dan penganiayaan individu atau kelompok tertentu?

Sikap pilih kasih dalam melaksanakan undang-undang perlu dielakkan demi maruah negara. Malaysia kini merupakan sebuah negara yang menjadi kritikan negara-negara luar kerana pelbagai kelemahan yang memalukan.

Hanya para peguam dan pegawai keselamatan tahu akan kandungan akta ISA. Kini muncul pula PCA. Adakah pengetahuan tentang PCA hanya layak diberi kepada para peguam dan pegawai keselamatan. Bagaimana dengan rakyat?

Pendidikan tentang akta PCA perlu didedahkan secara terperinci dan menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia. Kelompok yang menguasai kerajaan perlu memikirkan strategi tertentu untuk menyampaikan maklumat PCA kepada rakyat.

Setelah perincian dibuat dan didedahkan kepada rakyat, maka jika masih berlaku perbuatan melanggar peraturan PCA tersebut, maka sewajarnya individu terlibat dihukum mengikut peruntukan undang-undang.

Tidak memberi pendidikan kepada rakyat mengenai sesuatu undang-undang adalah berupa satu perangkap yang sengaja diwujudkan untuk menganiaya manusia.

****Rakyat Malaysia menunggu untuk membaca berita penahanan ketua-ketua kongsi gelap, raja-raja dadah, dan para pedagang manusia di bawah akta PCA. Adakah ini akan berlaku????

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment