Saturday, October 26, 2013

2013 cipta sejarah- rakyat Malaysia terima bala runtuh dua kali setahun

GST - Gasak Sampai Telanjang

Gua memang seronok dengan apa yang diumumkan oleh Najib semalam. Satu perincian bajet yang sungguh-sungguh mengutamakan pencacai. GST dan penarikan subsidi gula 34 sen cukup menarik.

Gua seronok apabila memikirkan berapa ramai pencacai akan mengelabah beruk sebab kenaikan harga barang. Semasa minyak naik harga barang dah naik. Kali ini harga barang akan naik lagi.

Kenaikan BR1M daripada RM500 kepada RM650 memang hebat. (Janji pilihnaraya nak bagi RM1200 -video ucapan Najib INI sebagai bukti) Sekali belanja dapur dah habis. Tapi pencacai kena berjimat dengan wang tersebut untuk merealisasikan apa yang pemimpin mereka kata sebagai bantuan untuk meringankan beban rakyat.

Huluq RM650 setahun dia balon beriban-riban sebulan. Yang berpendapatan kecik kena makan untuk hidup sahaja. Makan nasi beras hancur 15%  dengan garam pun cukup. Asal gomen kaya.

Kalau boleh dijimatkan untuk belanja setahun baru betul meringankan beban rakyat. Gaji dua tiga riban tu boleh simpan dalam bank. Buka akaun FD dapat interest tahunan besar sikit dpd SA.

Baju tukar setahun sekali , masa Hari Raya. Sependa tak payah tukar. Lagi elok jika tak pakai sependa... wakaka

Ini semua perlu untuk merealisasikan Negara berpendapatan tinggi.

Kalau lu orang nak tahu negara kita memang berpendapatan tinggi. Tapi semua pendapatan negara tidak diurus dengan betul. Lobang sana lobang sini. Ketirisan bukan kecik-kecik. Semua main bilion RM sahaja.

Namun semua itu tidak cukup. Negara perlu dikayakan lagi untuk keperluan sesetengah manusia yang bijak menipu, memanipulasi dan memperbodohkan pencacai.

Mereka terus gah dipersada pemerintahan negara kerana kewujudan orang bodoh yang tidak pernah mahu belajar daripada kesilapan.

50 tahun BN memerintah. Perkara yang sama dilakukannya. Setiap kali duit gomen kurang, mereka akan naikkan minyak. Rakyat tanggung segala kesukaran hidup akibat kenaikan harga barang susulan daripada kenaikan harga minyak.

2013 bakal mencipta sejarah di mana rakyat Malaysia akan menerima bala runtuh dua kali dalam setahun. Kali pertama - kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak. Dan kini tiba masa untuk rakyat Malaysia bala runtuh kedua selepas perlaksanaan GST dan kenaikan harga gula.

Kepada pencacai yang punya anak kecil, gua ucapkan tahniah kerana susu tepung untuk anak lu akan turun harga selaras dengan kenaikan harga gula... Gua juga doakan semoga baby lu orang adalah dari jenis yang kuat menyusu supaya dia hidup sihat walaupun bapaknya akan jadi biol...

***segala makanan bergula akan turut turun harga... wakaka.








Nah baca apa kata Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.



adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. Org rendah pendapatan takde banyak wang nak belanja tak tentu arah - jadi berapa sangat mereka rugi dgn potongan subsidi gula? Nak makan minum kat resteron hari2 pun tak mampu. Buat ape Gomen buang duit RM1b sbahagian ini dinikmati mereka yang kaya raya termasuk pendatang halal dan haram yg tinggal dlm Negara ini?

    Bayangkan subsidi petrol/diesel/gas masak berbillion2 yang duk syiok mereka yg kaya raya termasuk PENDATANG haram dan halal. Satu keluarga kaya berapa kereta, nah tiap bulan GOMEN free duk subsidise mereka kehulu kehilir naik kenderaan. Yg miskin sekadar berjalan kaki/public transport, motorbike, basikal - tak banyak mana perolehi keuntungan dari subsidi ni semua.

    GST pun elok dikenakan, 6% kira terlalu rendah. Hanya 2m dari populasi Malaysia 29juta pembayar cukai. Aiiit? Mana pi yang lain? Selama ini duk lari - nah sekarang, you GUNA you bayar le - tak payah duk lari2 dari cukai lagi. Yang berpendapatan rendah berapa sangat mereka mampu duk buang duit sana sini, jadi tak akan menjadi masalah.

    Siapa rasa tak suka berhijrah le duk kat Mekah atau Iran (subsidi minyak banyak) kalau rasa jauh sangat pi duk Singapore atau Indonesia, lepaih tu dah merasa, minta hijrah semula duk kat Malaysia..

    ReplyDelete
  2. ada peminpin pr meninggal disebab gula siapa peminpina itu dan gst ada dilaksanakan pun disingapura sampai 7% dan tol ada singapore yang di bangga negara yang di bangga pr itu, sila cari google apa cakap benar

    ReplyDelete
  3. ada peminpin pr meninggal disebab gula siapa peminpina itu dan gst ada dilaksanakan pun disingapura sampai 7% dan tol ada singapore yang di bangga negara yang di bangga pr itu, sila cari google apa cakap benar

    ReplyDelete