Thursday, September 5, 2013

Wanita Tanggal Pakaian Bantah Kenaikan Harga Petrol

Cer teka gambar bini sapa?
September 4, 2013 KUALA LUMPUR - Satu ‘flash mob‘ yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.

Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.

Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.

Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.

“Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.

“Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan ‘flash mob’ pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. – mStar

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment