Saturday, January 4, 2014

UMNO Haramkan Purdah? Karpal Singh Bangun Sebagai Pembela!

Pada awal tahun 80an dahulu, parti UMNO telah mengharamkan pemakaian purdah oleh para muslimah. Keratan akhbar berkenaan pengharaman purdah adalah seperti dibawah.

oleh the star 1985, Arakian seorang muslimah bernama Hajah Halimatus saadiah yang bertugas sebagai kerani di pejabat SUK Perak telah DIPECAT oleh Umno & Barisan Nasional kerana memakai purdah.

Muslimah ini telah membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah. Peguam yang mewakili Hajjah Halimatus saadiah ini tidak lain tidak bukan adalah Encik KARPAL SINGH iaitu PENGERUSI DAP! Benar, Karpal Singh yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin Barisan Nasional kononnya Karpal ini anti Islam.

yang amat menghairankan adalah, ada dua hakim ahli umno yang di katakan bermazhab
ahlul sunnah wal jemaah yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Abdul
Hamid Omar dan Hakim Dzaiddin juga telah turut sama menzalimi muslimah yang hanya
mahu memakai purdah.

Hakim hakim yang mengaku Islam pengikut mazhab ahlul sunnah wal jemaah. Di waktu yang sama, tiada pula arahan dari umno dan barisan nasional untuk memecat atau membuang pekerja yang tidak menutup aurat ataupun memakai pakaian seksi yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah.

Kes Hajjah Halimatus sadiah ini adalah salah satu bukti permusuhan umno dengan agama Islam sehingga sanggup menzalimi seorang Muslimah yang hanya mahu memakai purdah. Walaupun purdah itu hukumnya hanya sunat, tapi BN tiada hak untuk mengharamkan pemakaiannya.

Karpal yang dihina dan dicaci BN kononnya anti Islam telah bertungkus lumus membela muslimah yang dizalimi kerajaan Barisan Nasional ini. Kes ini jelas menunjukkan bahawa umno itu lebih anti Islam dari Karpal Singh. Dan berbeza dengan Karpal singh yang telah meminta maaf atas kenyataan beliau mengenai islam,

UMNO sehingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana mengharamkan purdah.
1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

KERATAN AKHBAR THE STAR 1985.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment