Monday, September 2, 2013

UK gantung eksport ke Mesir

United Kingdom telah menggantung 49 lesen eksport ke Mesir, menurutnya ia mahu menghalang barangan keluaran mereka digunakan dalam pergolakan yang telah menyebabkan kematian orang awam.

London telahpun mengambil langkah menyekat eksport ke Mesir, lima bulan yang lalu dengan menarik balik lima lesen barangan seperti komponen kenderaan tempur infantri berperisai, alat komunikasi bagi kereta kebal, dan bahagian senapang mesin.

Penggantungan pada hari Rabu yang dikenakan keatas lesen bagi tentera Mesir, tentera udara dan pasukan keselamatan dalam negeri, meliputi sejumlah perkakasan termasuk bahagian ganti bagi helikopter dan pesawat, perisian pakar dan alatan komunikasi.

"Hasil daripada perkembangan situasi di Mesir, kami telah bersetuju dengan rakan-rakan Kesatuan Eropah pada ketika ini untuk mengambil langkah seterusnya dan menggantung semua lesen eksport bagi barangan yang mungkin digunakan dalam penindasan," menurut Setiausaha Bisnes Vince Cable (gambar) dalam satu kenyataan. "Dengan mengambil tindakan bersama, kami ingin menghantar isyarat yang jelas bahawa kami mengutuk segala jenis keganasan di Mesir."

Sumber : AlJazeera, Reuters

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment