Wednesday, September 18, 2013

Tunku bukan pejuang kemerdekaan - Mohd Yatim

Nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi seolah-olah cuba dipadamkan dari sejarah.

Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini? Sebaliknya nama tokoh-tokoh Umno pula yang diagung-agungkan semasa menyambut kemerdekaan negara.padahal mereka tidak mengangkat senjata pun melawan penjajah.

Umno hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946. itu pun kerana british mahu mengalihkan perhatian dengan kemarahan orang melayu ketika itu.

Parti-parti politik perjuang kemerdekaan yang dilihat bersimpati dengan PKM telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API). British melabelkan parti politik yang tidak tunduk kepada mereka sebagai pengganas. Kerana perjuang ini tidak boleh menjaga kepentingan mereka (British) Di malaya. Manakala pemimipin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad.

Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namun, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan politik. Kerana mereka mengikut kehendak British. Tidak menentang British!

Golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat mendapatkan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) dan Hizbul Muslimin (1948).

British tidak berani bertahan lama lagi. Kemerdekaan mesti diberi secepat Mungkin. Bendera sang saka malaya telah berkibaran megah tanda melayu bangkit menuntut merdeka! British mencari jalan pada siapa dia akan berikan kemerdekaan dengan syarat menggunakan Undang2 mereka (pelembagaan Reid).

British tidak akan beri kemerdekaan kepada PKMM & HIZBUL MUSLIMIN. Kerana mereka mempunyai pelembagaan sendiri. British mahu parti politik yang boleh menjunjung mereka sebagai hero dimalaya yang telah tercatat dalam buku sejarah disekolah sekarang ini. Sampai ada prof kangkung umno kata tanah melayu tak pernah dijajah pun. Cuba dibantu oleh British.

jika benar Umno memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, rakyat tentunya bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika zaman penjajahan British? Tidakkah Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah.

Perangai pun lebih teruk dari penjajah! Naik harga minyak kata nak bantu rakyat.

video 18.10.2011, Kg. Bharu, Telaga Nenas, Manjung. 
Mohd Yatim Bin Ayob, 83 tahun akui 
perjuangan Kemerdekaan adalah hasil dari Semangat Komunisme.


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment