Thursday, September 12, 2013

Timbalan Presiden - PAS Segamat calonkan Husam

PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.

Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.

Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.

Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.

"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka. Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Bagi kawasan Segamat pula, ia membayangkan kehendak akar umbi PAS kawasan itu kerana pemilihan Husam dibuat oleh semua perwakilan mesyuarat agung kawasan itu.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat agung itu.

Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod, berkata beliau menyerahkan pemilihan itu dibuat oleh semua perwakilan untuk mengelakkan sebarang masalah jika jawatankuasa beliau membuat pilihan.

"Bayangkan mesyuarat agung kawasan kami terpaksa habis jam 12 tengah malam selepas bermula jam 9 pagi bagi membolehkan perwakilan diberikan hak sepenuhnya membuat semua pilihan," kata Firdaus kepada The Malaysian Insider.

Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini.

Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.

Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS termasuk kawasan Besut dan Segamat.

PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat.MI

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Alhamdulillah , moga banyak l;agi pemncalonan serta makin solid sokongan para perwakiolan utk meletakkan YB Dato Hj. Husam Musa di kerusi Timbalan Presiden PAS dalamn muktamar nanti, insya ALlah. Sesungguhnya inilah calon 'Ulama', yg dimaksudkan oleh YB Tok Guru setelah sepanjang menerasjui Negeri Kelantan tempoh hari YB Dato Hj. Husam banyak memainkan peranan penting dalam mencorakkan pembangunan fizikal serta spritual kerajaan negeri serta sekelian rakyatnya.

    Saya berasa malas nbak mengulas calon Timbalan Presiden yg dicalonkan oleh Kaw. Pengkalan Chepa dan Besut. meskipun saya mempunyai pengalaman peribadi dengan beliau tika berurusan dengan YIK yg di bawah kendaliannya.

    Harapan dan doa saya agar ahli PAS serta semua perwakilan tidak terpersona dengan golongan yg HANYA pandai berkecek saja tetapi gagal membawa sebarang kebaikan meskipun di bidang yg ia berkuasa. WaLLahu'aklam.

    ReplyDelete