Tuesday, September 3, 2013

Tentera Dajjal bom terowong ke Gaza


KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir, kelmarin memusnahkan lima lagi terowong di kawasan Gerbang Salah Ed-Deen, timur Rafah di selatan Genting Gaza.

Menurut laporan IMEMC, sebelum ini, tentera Mesir bertindak menenggelamkan laluan rahsia tersebut dan kebanyakan daripadanya telah musnah serta tidak lagi boleh digunakan.

Penduduk Gaza mula menggali terowong itu selepas pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan haram ke atas mereka pada 2007.

Sebelum laluan rahsia tersebut diwujudkan lebih 400 pesakit termasuk bayi dan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia kerana terpaksa menunggu permit untuk merentasi sempadan daripada rejim Zionis. - Sinar Harian

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment