Saturday, September 14, 2013

Solidariti untuk Abah Anas Ar Rembawi (sahabat gua) yang ditangkap


Abah Anas Ar Rembawi adalah seorang kenalan facebook gua yang banyak membantu memberi maklumat tantang krisis Mesir.Maklumat dari beliau banyak menjadi sumber tulisan gua dalam blog ini. Memandangkan kami sama-sama meminati perkembangan Mesir maka banyaklah perbualan ringkas yang berlaku antara kami melalui ruang komen. Abah Anas Ar Rembawi memang seorang yang banyak mengetahui tentang isu Mesir. Mungkin beliau pernah belajar di sana.

Ini adalah rayuan derma kepada keluarga beliau untuk yang sudi sahaja, yang tak sudi tak payah komen negatif.

Keluarga saya iaitu saudara Abah Anas Ar Rembawi bersama 12 yang lain hari ini SERTA MERTA dihukum penjara dua tahun mandatori hari ini dan sekarang sedang bergari untuk terus dibawa ke penjara. Ini kes mereka berhimpun bantah Kudeta kerajaan Najib terhadap kerajaan PR di negeri Perak pada 2009.

Hakim atas konon alasannya menjaga kepentingan awam dan menghormati institusi raja terus memberi hukum ini sekaligus demi menghormati sistem itu telah menyebabkan sebuah atau tiga belas keluarga kehilangan suami dan ayah apatah lagi mata pencarian. Inilah kezaliman yang maha apabila kejahatan politik telah menganiaya rakyat yang mengeluarkan suara.

Keluarga ini dengan isterinya Nashita Md Noor sangat rapat seperi adik-beradik dengan kami. Kak Nashita suri rumah sepenuh masa melakukan jualan kecil-kecilan secara bergerak. Ayuh hulurkan bantuan sokongan moral dan material apatah lagi anak-anak mereka masih belajar. Yang sulung Anas Latif menuntut di Jordan sementara yang lan Ammar, Asma dan Asiah bersekolah dengan didikan agama yang baik.

Akaun bank mereka maybank
Nashita 162209939776

Rayuan gua, dermalah jika ingin membantu. Yang 'tiada' cukup sekadar mendoakan kesihatan dan keselamatan beliau di penjara. DAN kalau tidak keberatan sila klik iklan di blog ini. Hasil pendapatan daripaka klik anda akan diagih kepada pihak yang memerlukan. Pendapatan iklan selama dua bulan mulai hari ini akan dikhaskan untuk keluarga Abah Anas Al Rembawi.

Gambar ini (sebelah kanan)adalah gambar anak kepada Abah Anas Al-Rembawi yang dihukum penjara mandatori 2 tahun dan denda RM5000 bersama2 12 org lain atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengutuk rampasan kuasa kerajaan Perak.

Ini adalah berita rasmi penangkapan beliau,

KUALA KANGSAR: "Kami bersama perjuangan Dr Morsi serta seluruh pejuang Islam diseluruh negara dan Malaysia. Kami kuat dan yang lain diluar teruskan perjuangan," demikian pesanan ringkas Bad Latif.

Beliau adalah salah seorang daripada 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik di Perak yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari.ini.

Kata-kata itu dinyatakan beliau ketika dihubungi oleh isterinya Nashita Md Noor.

Mengulas tentang keputusan mahkanmah itu, Nashita berkata, beliau dan suami memang difahamkan kes tersebut agak berat kerana berkait dengan institusi diraja.

Namun katanya, di dalam perbicaraan kes itu, pihak tertuduh telah mengemukakan hujah serta bukti yang kukuh berbentuk rakaman video dan gambar bagi menjadikan rujukan dalam menentukan hukuman.

"Suami saya ditahan ketika mengambil gambar dan ketika ditahan, kamera masih berada tergantung di bahunya.

"Jadi kita sudah bagi bukti, mereka bukan membuat rusuhan bahkan daripada bukti-bukti rakaman dan gambar yang kami kemukakan, mereka ini membantu menyekat pihak-pihak yang ingin membuat provokasi.

"Jadi kita harap hakim pertimbangkan daripada bukti, keterangan tertuduh serta saksi tetapi beliau tidak sangka hakim menjatuhkan hukuman mandatori," katanya ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan mahkamah.

Beliau terkejut hakim memutuskan semua tertuduh tidak boleh dibuat rayuan dan penangguhan hukuman kerana ianya tidak pernah berlaku di negara ini dalam kes berkaitan.

"Saya tak sangka, mereka terus digari dan dibawa ke penjara sekarang juga," jelasnya lagi.

Biarpun berdepan dugaan suaminya dipenjara, Nashita berkata beliau cuba kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak selepas ini.

Ujarnya, telefon bimbitnya tidak putus-putus dihubungi oleh pelbagai pihak bagi menyatakan sokongan dan dorongan kepadanya.

"Ramai yang menghubungi saya dan bertanya nak beri bantuan macam mana dan dari segi mana, ini memberikan semangat kepada saya.

"Sebelum ini saya banyak membantu keluarga mangsa tahanan ISA yang lebih berat hukumannya.

"Saya yakin saya boleh lakukan, saya seorang wanita yang kuat!," tegas beliau yang juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI).

Semoga Allah memberi bantuan untukmu sahabat

Video penangkapan beliau


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Hahaha...! Padan muka ..! korang jer yang betul, orang lain semua salah..! TakeBeer..!!

    ReplyDelete