Sunday, September 8, 2013

Si bangsat negara balon rasuah rakyat kena bayar

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.

Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.

"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.

Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.

"Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.

Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.

Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.

"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya -HD

Mengapa hutang negara meningkat dengan begitu banyak sekali. Tak lain tak bukan kerana rasuah yang gagal ditangani pihak berwajib. Ekonomi negara merudum. Nilai RM makin nazak. Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara. Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot

Mana pakar ekonomi BN yang diagungkan oleh pencacai? "hanya BN boleh kukuhkan ekonomi negara" katanya...

Woi mangkok.
pakar ekonomi akan menjana kewangan negara melalui perdagangan antarabangsa. Menarik lebih banyak pelaburan masuk ke dalam negara. Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mengurangkan pengangguran.. Mencegah inflasi bagi mengukuhkan nilai RM....

bukan mencekik darah rakyat dengan pelbagai kenaikan... ini namanya ekonomis banganggggg 1st class... mampos hendaknya.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment