Saturday, September 21, 2013

Selepas kena sound dengan TGNA dan TGHH ini jawapan mereka

GOMBAK - Dewan Ulama Pas menegaskan kajian semula tahaaluf siyaasi di antara parti itu dan PKR adalah bertujuan untuk memberi amaran supaya perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas mempunyai pendirian yang jelas dalam menjalinkan kerjasama di antara parti itu dengan dua lagi sekutu politiknya.

"Kita guna kaedah tahaaluf siyaasi, apa masalah yang berlaku, DAP senang berbincang dengan kita berbanding PKR sebabnya kita berpegang kepada prinsip Islam apa yang kita cakap ia benar," katanya pada 'Forum Tahaaluf Siyaasi', di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, malam tadi.

Tegas Nik Zawawi lagi, tahaaluf siyaasi yang dijalin Pas bertunjangkan Islam dan ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah pun ditetapkan sehingga ada perkara di mana Pas tidak boleh bertolak ansur.

"Kita jalankan tahaaluf untuk menguntungkan Islam, jika ada ia akan kekal tetapi kalau tidak penuhi syarak kita tegas dan kita sudah beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain Pas ada prinsip.

"Ada benda yang tak boleh bertolak ansur, yang akan membatalkan perjuangan kita. Ini yang kita nak jaga.

"Kita kaji tahaaluf siyaasi ini bukan kita nak tolak secara total, kita hanya nak bagi sedikit 'warning' kepada rakan tahaaluf siyaasi kita pakati bersama, apa perkara nak buat kena bincang dulu," katanya.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama bagaimanapun berkata, rakan perikatan DAP dilihat selesa dengan kaedah tahaaluf siayaasi yang digunapakai Pas.

Beliau juga turut memberi jaminan, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati PKR dan DAP selagi garis panduan talaaluf siyaasi yang ditekankan parti itu diikuti.

"Saya jamin tahaaluf siyaasi kalau tak merugikan Islam, kita tak akan pernah khianat, jangan bimbang," ujarnya. Sinar

Jom imbas apa benda yang nak dikaji semula seperti diperkatakan oleh ulama Harun Taib dalam Mustaqa.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian,"


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment