Monday, September 2, 2013

Saintis sahkan ganja bermanfaat untuk kesihatan manusia - mana mau beli?

Penyelidik di University of Saskatchewan melaporkan bahawa cannabinoid sintetik - yang serupa dengan sebatian yang terdapat dalam ganja, tetapi lebih kuat - menyebabkan pertumbuhan neuron baru yang dapat mengurangkan kebimbangan dan kemurungan. Menurut Xia Zhang, MD, Ph.D., Universiti Saskatchewan," dadah lain seperti alkohol dan kokain  menghalang pertumbuhan neuron baru."

"Hanya Marijuana Menggalakkan neurogenesis ," kata Dr Zhang.

Penyelidik di University of Calgary berkata mereka telah menemui bukti bahawa otak mengandungi cannabinoid CB2 reseptor, Sebelum ini ditemui dalam tisu imun tetapi difikirkan tidak wujud dalam tisu otak. Mereka mendakwa penemuan itu dapat membawa kepada penemuan ubat-ubatan baru untuk merawat nausea akibat kanser atau AIDS.

Penemuan tersebut yang dilaporkan dalam isu semasa Journal of Clinical Investigation merujuk kepada ganja sebatian sintetik digelar HU- 210 bukan dihisap atau dimakan. Dr Zhang berkata, HU- 210 adalah 100 kali lebih kuat daripada tetrahydrocannabinol (THC) iaitu kompaun yang bertanggungjawab bagi paras 'high' yang dialami oleh pengguna rekreasi atau dalam bahasa pasarnya bermaksud kaki stim ganja.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment