Saturday, January 4, 2014

Penghormatan - bekas imam masjid Al Aqsa kucup jenazah Ustaz Azizan

Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.

Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah ketua dewan ulamak palestine

Kucupan sahabat seperjuangan Tuan Hj Salleh Musa
Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum.

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya

Dia saudaraku - Dr Harun Din turut mengusung keranda jenazah almarhum Tan Sri Azizan




adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment