Friday, September 20, 2013

Pegawai Mesir Gembira putuskan Bekalan Elektrik Di Gaza


Bekas Menteri Elektrik Mesir, Osama Kamal (gambar) kelihatan gembira dalam satu siaran televisyen tempatan Mesir. Beliau dengan riangnya berkata, "Kita telah berjaya menutup satu-satunya janakuasa elektrik di Gaza."

Bercakap dalam program bicara di TV Al-Hayat Mesir, Kamal mengaitkan berita tersebut kepada "kehebatan dan kejayaan usaha tentera Mesir di Sinai."

Beliau mengatakan bahawa tentera Mesir hanya dapat menghentikan penyeludupan minyak diesel dan gasoline dari Mesir ke Semenanjung Gaza selepas menutup terowong tersebut dengan ketat.

Bekas menteri itu berkata bahawa janakuasa elektrik di Gaza menggunakan lebih kurang 2 juta liter diesel dan gasoline setiap bulan dan menjelaskan sebahagian besar kuantiti tersebut diseludup daripada Mesir. "Kita boleh menghentikannya sejak tiga hari yang lalu," beliau berkata.

Beliau turut menuduh pegawai Hamas di Gaza bekerjasama dengan pegawai Ikhwan Muslimin di Mesir dalam mengoperasikan terowong penyeludupan tersebut. Beliau menuduh pegewai Ikhwan Muslimin di Mesir memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang membantu mereka dalam menyeludup barang ke Gaza.

Hamas mengharamkan penyeledup yang melalui terowong tersebut sebelum sekatan diperketat. Namun setelah itu mereka dibenarkan untuk menyeludup makanan, minyak, ubat dan keperluan-keperluan lain yang penting.

Kerajaan Palestin di Gaza yang diperintah oleh Hamas sejak 2007 telah menyeru rantau dan badan-badan antarabangsa untuk mengenakan tekanan ke atas Israel supaya mereka boleh menyekat aktiviti penyeludupan.

Sumber : Middle East Monitor
#mesirkini

berita berkaitan
Egypt joins Israel as Gaza's jailer

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment